Aloy Paradoks Dedah Rasa Kesal Dengan Ogy Ahmad Daud Disebabkan Hal Ini

PENULIS skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks mengakui sudah hilang rasa hormat terhadap pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy berhubung kemelvt pembayaran baki tertunggak untuk projek terbabit.

Menurut Aloy, keputusannya untuk bersuara mengenai perkara itu disebabkan sudah putus harapan mengenai baki 70 peratus bayaran yang belum diperolehi.

“Perbuatan Kak Ogy benar-benar meluk4kan hati saya. Hilang rasa hormat saya kepada beliau sekaligus membuatkan saya terfikir, Oh Demi Tuhan Sandiwara, dia rupanya memang benar seorang pelakon yang sangat-sangat luar biasa hebat.

“Pernahkah saya lambat dibayar untuk kerja-kerja saya sebelum ini? Pernah. Namun mengapa saya diam? Jawapannya ialah kerana saya masih boleh nampak wujudnya sinar. Namun yang ini, semakin hari sinar itu makin kelam, lama-lama menghil4ng.

“Keeg0an Kak Ogy tiada batasnya, lihatlah betapa bangganya dia dengan 30 peratus yang sudah dibayar kepada saya sebagai dep0sit dulu. Jumlah itu dibahagi dua dengan penulis bersama, saya bayar sewa rumah, beli barang dapur sudah habis. Selepas itu kami berhibernasi tolak projek lain, tulis teater ini sampai siap,” katanya.

Aloy berkata, dia ada sebab untuk mendesak dan menjadi orang pertama bersuara mengenai kemelvt berkenaan baru-baru ini.

“Saudara, kenapa saya bertindak menghebahkan hal ini malah menjadi orang yang pertama? Ini kerana ketika itu keadaan saya begitu mendesak dari segi kewangan.

“Kerja sudah lama selesai, tawaran sudah beberapa ditolak. Isteri saya suri rumah sepenuh masa, kerana sewaktu anak kami lahir, ditakdirkan anak kami mengalami saw4n tangi1s.

“Isteri berhenti kerja dan jaga anak adalah solusi terbaik. Dalam masa sama saya perlu mengirim wang kepada ibu saya yang sudah uzvr di kampung dan ibu mentua,” katanya.

Jauh di sudut hati, Aloy juga sebenarnya berharap dia menjadi orang pertama yang didahulukan untuk dilunaskan bayarannya apatah lagi kerjanya paling awal disiapkan.

“Tambah-tambah mengenangkan sayalah orang pertama yang selesai kerja dahulu. Jadi pasti saya akan mendapat bayaran paling ke hadapan. Itu jangkaan saya namun saya terlalu bercita-cita tinggi nampaknya.

“Saya terlupa, sayalah juga orang pertama yang bersuara secara umum. Mungkin boleh jadi, inilah hukuman untuk saya dan keluarga. Namun syukur, ada enam orang sudah dibayar, iaitu selepas isu ini kec0h.

“Persoalannya, jika tak kecoh tempoh hari, akan adakah orang yang akan dibayar? Sebab sudah kec0h pun baru hanya enam orang dibayar kan? Selepas ini, bagaimana pulalah nasib kami yang lain?” katanya.

Aloy menambah tujuan dia bersuara bukan sekadar untuk kepentingan peribadi sebaliknya dia tidak mahu penggiat seni lain menjadi mangsa isu sebegini lagi.

“Sekarang saya tidak lagi melihat isu ini sebagai isu peribadi saya sahaja. Ini adalah isu industri, isu kawan-kawan penggiat seni yang lain. Jika benar (saya tak pasti) ini bukan kali pertama Kak Ogy berbuat begini, berapa ramai lagi akan menjadi mangsa?

“Berapa ramai lagi kawan-kawan saya akan kecewa dalam bidang ini? Jujur dari sudut hati saya paling dalam, saya tak mahu kawan-kawan penggiat seni yang lain menerima nasib yang sama.

“Saya akan terus bersuara walaupun mungkin suara saya, pada suatu tahap tidak akan ada siapa yang peduli lagi nanti. Siapa lagi saya nak harapkan? Bukan semua orang berani nak lawan Kak Ogy,” katanya.

Terdahulu, Kak Ogy memaklumkan dia sudah membuat pembayaran kepada enam individu terbabit dalam teater terbabit. Ia dibuat hasil daripada pendapatan kempen jualan pes karinya.

Pelakon dan penerbit itu juga mengakui masih belum melunaskan bayaran kepada ramai yang lain. Dia berjanji untuk berusaha mendapatkan dana bagi pembayaran itu memandangkan Aidilfitri kian menjelang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Aloy Paradoks Dedah Rasa Kesal Dengan Ogy Ahmad Daud Disebabkan Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*