Shaheizy Sam Kongsi Foto Mohon Maaf Dengan Ibunda, Sekali Syatilla Melvin Masuk Komen

Shaheizy Sam mula dikenali sebagai pelakon sejak kecil lagi apabila membintangi drama televisyen Pa’e. Sehingga kini pelbagai jenis filem dan drama telah dibintangi oleh beliau dan menjadikannya seorang pelakon yang sangat versatile dan popular. Walaupun keluarga beliau bukanlah berasal daripada keluarga seni namun pembabitan kakaknya iaitu pelakon terkenal Zizie Ezette sebagai pelakon telah membuka ruang buat mereka sekeluarga untuk menceburi dunia seni.

Lebih mesra dengan panggilan Sam, beliau telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 bersama bekas peserta dewi remaja yang kini bergelar pelakon iaitu Syatilla Melvin. Hasil perkahwinan tersebut mereka berdua dikurniakan 2 orang anak iaitu Sheriv Samheizy dan juga Sarima Samheizy.

Pasngan Syatilla dan Sam boleh diibaratkan sebagai psangan yang cukup serasi kerana mereka berdua sememangnya mempunyai perangai yang lebih kurang sama iaitu suka bergur4u dan berselor0h diantara satu sama lain. Bak kata orang, “kepala masuk air”.

Menjadi amalan buat umat islam setiap kali menyambut perayaan aidilfitri untuk meminta ampun dan maaf di atas setiap kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan. Kita juga disarankan supaya sentiasa menyucikan hati sebagai simbolik kepada kemenangan setelah hampir sebulan menunaikan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

Buat pelakon Shaheizy Sam, hubungan beliau bersama ibunya iaitu Khaty Fauziah adalah sangat rapat memandangkan beliau ialah anak bongsu daripada 5 beradik. Mengambil kesempatan sempena hari raya beliau juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bermaaf-maafan dengan ibunda kesayangan.

Memuatnaik beberapa keping gambar di Instagram sempena hari raya, sesi bermaafan Sam bersama ibunya Khaty Fauziah mencvri tumpuan. Sam kelihatan memelvk erat ibunya dan berkata tidak mampu untuk menahan perasaan sebak kerana mengenang d0sa yang telah beliau lakukan terhadap ibunya. Sebagai simbolik syurga itu dibawah tapak kaki seorang ibu, kata Sam lagi mahu sahaja tapak kaki ibunya itu ditepek kemukanya kerana mahukan syurga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Part ni mmg tak mampu nak bersocial distancing dah. Banyak sgt dosa dengan Big Boss @khatyfauziah 😂. Kalau boleh nak tepek je tapak kaki Big Boss ni kat muka aku sampai bila2 😇🦶. Sapa yg tak nak syurga, ek? 😏

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Melihat kedua beranak itu berpel0kan dan saling bermaafan, isteri kepada Sam iaitu Syatilla sempat mengusik Sam yang beliau juga mahukan tapak kaki suaminya itu dimuka. “Nak tapak kaki awak kat muka please” seloroh Syatilla.  Memberikan reaksi bersahaja Shaheizy Sam membalas kembali komen isterinya dengan menjawab “Untuk awak, kentvt kat muka pun saya ikhlas bagi”

Rata-rata netizen tidak dapat menahan gelak dengan lawak psangan suami isteri ini. Memang pec4h perut dibuatnya kalau melayankan kerenah mereka berdua ini.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat Sam kerana berjaya menjadi contoh anak yg baik buat masyarakat. Menjadi tanggungjawab seorang anak agar menghargai dan berbakti kepada kedua orang ibu dan bapanya apabila sudah dewasa kelak.

Janganlah kita sesekali mengabaikan permintaan ibu bapa. Sentiasalah menyantuni mereka berdua dengan bersikap baik dan memohon maaf diatas kesilapan yang kita pernah dilakukan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram shaheizy_sam via orenlaici

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shaheizy Sam Kongsi Foto Mohon Maaf Dengan Ibunda, Sekali Syatilla Melvin Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*