Dalam diam-diam pengacara dan pelakon Daphne Iking telah selamat menimang cahaya mata keempatnya yang diberi nama Ilon Daniel Iking Azmi pada 21 Mei lalu.
Dedah Daphne, 41, Ilon dilahirkan melalui pembed4han dan proses kehami1lannya berdepan situasi yang suk4r.
“Dua minggu saya dan suami bertarung dengan k0nflik sama ada untuk menggugurkan bayi ini atau tidak. Ia pilihan yang sangat sukar!
“Sebenarnya kehami1lan ini membahay4kan kesi1hatan saya dan doktor sudah menasihati saya untuk tidak lagi bersal1in selepas melahirkan anak ketiga pada 2016 secara pembed4han.
“Tetapi situasi berubah selepas saya melihat suami saya menangis buat pertama kalinya,” cerita Daphne.
Keadaan dinding uterusnya yang nipis boleh membahay4kan nyaw4nya dan baayi yang dikandvng sekiranya berkembang menjadi saiz yang besar.
Ekoran itu, Daphne mendapatkan pandangan daripada beberapa individu termasuk pakar perubatan bagi membantunya membuat keputusan yang tepat.
“Jadi, saya memutuskan untuk meneruskan kehami1lan ini apabila melihat ramai dalam kalangan orang lain termasuk ahli keluarga saya sendiri yang sukar mendapatkan anak.
“Perjalanan ini sungguh berbeza dan saya cuba jadi kuat. Biarpun Ilon dilahirkan dalam keadaan sedikit pramatang, saya bersyukur,” tambahnya.
Pelakon filem Belukar itu juga punyai alasan sendiri untuk tidak mengumumkan kehami1lannya kepada umum.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu didiskriminasi apabila ada pihak yang tahu saya hami1l.
“Saya menjadi sedikit tertek4n apabila tidak dapat kongsikan berita gembira itu kepada orang ramai.
“Oleh itu, kali ini saya hanya maklumkan kepada kawan-kawan rapat dan keluarga sahaja.
“Tiada majlis baby shower dan tambah pula situasi semasa kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya maklumkan kepada mereka melalui panggilan video, aplikasi Zoom dan Facetime,” ujarnya yang turut memaklumkan kepada rakan rapatnya seperti Yasmin Hani, Dynas, Lisa Surihani dan Rashidi Ishak.
Malah, Daphne tidak berkesempatan untuk membuat sesi fotografi sempena kehamilannya kali ini apatah menyediakan barangan keperluan bayi.
“Kebanyakan pakaian bayi saya sudah jual sebagai barangan preloved tapi mujur ada yang bermurah hati menghadiahkan sebahagiannya kepada kami,” katanya yang turut menjalani proses berpantang bersendirian di kediamannya.
Daphne mempunyai tiga cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 12, Iman Daniella Iking, 8, dan Isidore Daniel Iking, 3 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“2 Minggu Fikir Nak Gugvrkan Atau Tak” Daphne Iking Mengaku Ia Pilihan yg Sangat Sukar"