Mula Kenal Intan Ladyana Sejak Darjah 6. Ini Biodata Harris Alif

PERKONGSIAN foto pelakon Harris Alif bersama Intan Ladyana mengenakan pakaian raya sedondon di Instagram mengundang pelbagai spekvlasi dalam kalangan pengikut yang mahukan penjelasan berhubung status hubungan mereka.

Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, Harris atau nama sebenar Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berusia 38 tahun itu.

“Ya, kami sedang berada di fasa baharu hubungan. Kami mula serius sejak Februari lalu dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Sejujurnya saya dah kenal Intan sejak 10 tahun lalu, tapi masa itu tiada apa-apa perasaan istimewa, sehinggalah kami berjumpa semula tahun ini.

“Perancangan nak kahwin tu belum ada lagi, sebab hubungan ini pun masih baharu lagi… apa yang boleh saya kata, minta doa yang baik-baik untuk kami ya!,” katanya kepada mStar.

Harris tak kisah mengenai perbezaan usia.

Pada Selasa lalu, Juara Idola Kecil musim ketiga ini berkongsi foto raya bersama Intan di Instagram.

“Second raya with love,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Harris berkata perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Malah, perhubungan mereka itu turut mendapat restu keluarga.

Keluarga merestui hubungan mereka.

“Ramai cakap fasal perbezaan usia, bagi saya itu hanya angka… saya tak nampak ianya sebagai satu masalah kerana masing-masing tahu apa matlamat dalam hubungan.

“Lagipun bukan kami sahaja yang melalui hubungan berbeza usia ini, ada orang lain pun sama dan mereka dah buktikan perbezaan umur bukan penghalang.

“Dalam hal ini, saya bersyukur kerana keluarga okay sahaja dan mereka merestui,” ujarnya.

Ditanya mengenai sisi peribadi Intan yang berjaya menawan hatinya, Harris berkata pelakon drama Ironi Kasih ini seorang wanita yang matang.

“Intan seorang yang sangat ringkas… saya suka sebab dia tak ada ‘drama-drama’, dia juga matang dan saya rasa banyak benda yang kami boleh ‘masuk’!,” katanya.

Biodata Terkini Penyanyi Harris Alif, Bekas Juara Idola Kecil

Siapa Harris Alif? Nor Harris Alif Nor Rashidi atau nama popularnya, Harris Alif merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan model Malaysia.

Beliau mula dikenali selepas merangkul kemenangan utama dalam pertandingan nyanyian, Idola Kecil musim ketiga.

Biodata

Nama sebenarnya, Nor Harris Alif bin Nor Rashidi.. Menggunakan nama pentas, Harris Alif.. Berumur 21 tahun.. Kelahiran Pulau Pinang pada 2 September 1999.. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. Bertapak dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengacara, usahawan dan model.. Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat cilik, Idola Kecil musim 3 (2010) yang menobatkannya sebagai juara./ Antara lain, beliau turut memenangi Bintang Kecil 2009 dan meraih tempat ketiga dalam Idola Kecil Ultra 2015.. Kerjaya lakonannya bermula menerusi siri Kelab Idola yang disiarkan di TV9 pada tahun 2010.

Lain-lain drama dibintanginya seperti Geng Bas Sekolah (Musim 5), Ema Emyliana, Istikharah Cinta, Bila Chacha Masuk Asrama dan Maryam Eliana, termasuk telefilem Si Kijang Merah. Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Aku, Kau dan Dia pada 2012. Turut membawa peranan sebagai pengalih suara watak Kapten Kaizo untuk siri BoBoiBoy (Musim 3) dan watak Azizul dalam filem Bola Kampung The Movie 3D. Pernah bergandingan dengan tiga lagi bintang kelahiran Idola Kecil yang juga rakan seperjuangannya iaitu Afieq Shazwan, Azzam Sham dan Danial Chuer dalam drama bersiri Destinasi G4 pada tahun 2015. Rangkaian lagu dipopularkannya ialah Kisah Yang Terindah, Akulah Pelindungmu dan Pencinta. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengelolakan beberapa program seperti Whazzup Ceria, Chichi dan Chacha, 4 Teman, Bananana Squad dan Pop Ekpress. Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @harrisalif sehingga kini diikuti lebih 410,000 pengikut.

Fakta Menarik

Memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desaminium, Seri Kembangan, Selangor. Pernah mengikuti pembelajaran di rumah atau ‘home schooling’ menerusi program pembelajaran sekolah antarabangsa terkenal Alice Smith School. Menyimpan impian untuk berentap dalam program realiti, Big Stage dan Anugerah Juara Lagu. Mengidamkan watak lakonan dewasa dan matang, sekaligus ingin melenyapkan imej kanak-kanak yang sebelum ini cukup sinonim dengannya. Selaku usahawan muda, beliau pernah mengusahakan perniagaan baju sebagai rakan kongsi menerusi kolaborasi bersama Chemboja, menghasilkan jenama ‘Harris Alif by Chemboja’. Turut mengeluarkan jenama wangian sendiri dan pomade (minyak rambut) di bawah namanya. Memegang prinsip untuk tidak bermodalkan gimik murahan semata-mata untuk melariskan single.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mula Kenal Intan Ladyana Sejak Darjah 6. Ini Biodata Harris Alif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*