Didakwa Laarikan Isteri Orang, Pengurus Shah Hazvee Dedah Kisah Sebenar

Semalam, media melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 24 tahun telah ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Shah Radhi Hazvee Ditahan Reman 

Susulan daripada itu, pengurus kepada pelakon baharu Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif mengesahkan mengenai tangkapan tersebut. Bagaimanapun, Leana menepis dakwaan mengenai isu aktor itu bersama bekas pengurusnya seperti yang tular di media sosial. Malah Shah juga dijangka akan dibebaskan hari ini selepas memberikan keterangan.

Menurut Leana, dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan lanjut ketika ini memandangkan kes masih dalam siasatan pihak polis.

“Untuk kes Shah Hazvee ni ya… Memang dia direman malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Sekarang, kes ini dalam siasatan polis.

“Jadi saya tak boleh keluarkan sebarang kenyataan sebab ia akan mengganggu kerja pihak polis.

“Apa yang boleh saya beritahu ialah Shah Hazvee larikan isteri orang itu adalah tidak benar dan bercanggah,” katanya menerusi laporan GEMPAK

Suami Buat Laporan Polis 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff dalam laporan mStar mengesahkan pihaknya menahan suspek berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa. Jika sabit kesalahan dia akan didakwa bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai info, Shah yang merupakan pendatang baharu dalam industri pernah terbabit dalam drama tempatan seperti Hero Bomba, Monalisa dan beberapa drama popular lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Didakwa Laarikan Isteri Orang, Pengurus Shah Hazvee Dedah Kisah Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*