‘Bermodalkan Hantaran RM2k’ – Gadis Ini Kongsi Susah Senang Abang, Kakak Ipar Selepas Kahwin

Boleh dikatakan, rata-rata anak muda zaman sekarang t4kut untuk berkahwin disebabkan masalah kewangan yang dihadapi. Lebih kvsut lagi jika memikirkan soal hantaran, nafkah, aset seperti rumah kediaman dan kenderaan. Jangan risau, perkahwinan dalam ajaran Islam itu kan memudahkan.

Seperti perkongsian dari Rozmiza Rozman di laman Twitter bercerita kisah liku kesusahan hidup abang kandung bersama kakak iparnya. Pernikahan hanya bermodalkan RM2ribu untuk hantaran manakala mas kahwin cuma RM22.50 saja. Kini, pasangan ini telah memilik sebuah rumah dan kenderaan sendiri.

Hantaran RM2 ribu je

Perkongsian ini telah mendapat lebih 3.2k tanda retweet di Twitter. Gadis ini berkongsi kisah kesusahan hidup abangnya yang hanya bekerja sebagai sales, gaji bulanan juga tidak banyak tapi pasangan suami isteri ini tidak berputus asa meneruskan kehidupan berumah tangga.

Majlis perkahwinan perdana

Pihak keluarga mentua juga tidak meletakkan hantaran yang tinggi. Cukup dengan RM2ribu, sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM22.50 sahaja. Antara kos yang dikeluarkan untuk majlis pertunangan adalah pelamin, solekan dan baju pertunangan. Jumlahnya lebih kurang RM480.

Abang buka kedai burger

Gadis ini juga membenarkan abang dan kakak iparnya itu tinggal dirumah miliknya. Abangnya itu terpaksa berhenti kerja sebagai sales memandangkan gaji asal tidak memadai. Selepas dari itu, dia mula menjalankan perniagaan baharu iaitu menjual burger.

Susah mana pun, percaya rezeki isteri

Dia tidak lupa untuk menjaga kebajikan isteri dan ibu ayahnya. Setiap bulan akan menghulurkan sejumlah wang atau hadiah kepada isteri. Pasangan ini juga berdepan dengan pelbagai ujian termasuk isterinya keguguran anak pertama. Namun, mereka percaya akan hikmah ketentuanNya.

Banyak bersedekah

Perniagaan burger mula mendapat sambutan sejak dia membantu seorang pakcik yang merosakkan kereta. Dia menghulurkan RM500 wang jualannya kepada pakcik tersebut. Sejak dari itu perniagaan produk kecantikan isterinya juga semakin memberangsangkan. Pada bulan Ramadhan lalu, dia juga menghulurkan wang dan barangan kepada penduduk yang kesusahan. Tambahan pula, ramai yang kehilangan pekerjaan.

Akhirnya, mereka dah ada rumah sendiri

Majlis pihak lelaki memang tak buat

Perkahwinan pasangan ini disertai dalam program perkahwinan perdana. Perkahwinan 10 pasangan pengantin yang diadakan dalam satu majlis. Bagi menjimatkan kos, mereka hanya mengambil gambar kenangan menggunakan telefon sahaja.

Pakai baju raya balik

Malah, baju raya juga dipakai semula dalam majlis pernikahan. Hantara cuma tiga dulang termasuk sebentuk cincin, senaskah Al-Quran, sejadah dan telekung.

Kerja rumah suami buatkan

 

Kini, pasangan tersebut sudah mampu memiliki rumah dan kenderaan sendiri atas usaha mereka bersama.

Sumber: Rozmiza Rozman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Bermodalkan Hantaran RM2k’ – Gadis Ini Kongsi Susah Senang Abang, Kakak Ipar Selepas Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*