Wanita ini sanggup tinggal suami, anak kerana ‘gil4’ PUBG

Permainan video game memang sesuatu yang cukup meneruja dan menyeronokkan terutama bagi kaum lelaki. Ia menjadi satu kepuasan bila individu tersebut berjaya dalam objektif game yang dimainnya. Antara game yang popular sekarang seperti PUBG, Mobile Legends, MMORPG, AxE dan banyak lagi.

Namun, apa yang dikongsikan oleh Akhtar Syamir ini memang tepat dan betul tentang permainan video game dan suami yang bagaikan kawan karib. Pendek kata memang tidak boleh dipis4hkan!

Telefon sentiasa ada di tangan dan semua benda atau perkara lain adalah gangguan sebab fokus mereka hanya pada GAME!

24/7 dunia mereka adalah game, game, game. Bagi mereka, hal yang tak penting dan bukan urgent letak tepi dulu, yang penting main game dulu! Ketahuilah bahawa ini adalah satu penyaki1t yang boleh membahayakan rumah tangga kalian.

Hakikatnya, tidak salah pun kalau nak main game, tapi perlu kena pada tempat, masa dan tidak bermain terlalu lama.

Sanggup tinggal suami, anak

PERMAISURI: Akibat terlalu taksvb dengan permainan popular atas talian PUBG, seorang wanita didakwa sanggup meninggalkan suami dan anaknya yang berusia tiga tahun pada 31 Mei lalu.

Difahamkan, wanita dari Penarik, Setiu itu dikatakan menghilangkan diri gara-gara permainan itu dan gagal dikes4n sehingga kini.

Menurut sumber, wanita berusia 22 tahun itu keluar rumah dengan menunggang motosikal.

“Wanita itu dipercayai terlalu leka dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga sanggup meninggalkan keluarga.

“Kali terakhir wanita itu dilihat adalah di sekitar Manir yang mana motosikal miliknya ditemui di sebuah pasar raya di kawasan terbabit.

“Susulan kejadian, ahli keluarga wanita itu membuat laporan di Balai Polis Penarik, Setiu petang semalam berhubung kehil4ngannya,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Buat masa ini, kami masih meng3san wanita berkenaan,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wanita ini sanggup tinggal suami, anak kerana ‘gil4’ PUBG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*