Bukan Sebab G4ngguan Org ketiga. Mimi Lana Dedah Sebab Putus Cinta Dgn Syafiq Kyle

SELEPAS mengesahkan hubungan cinta dengan pelakon, Syafiq Kyle yang terler4i sejak sebulan lalu, pelakon Mimi Lana menyerahkan segalanya kepada takdir.

Mimi menerusi satu entri di Instagram berkata, dia reda jika ditakdirkan dirinya tidak bertemu sesiapa.

“Berikan aku teman yang hatinya terikat pada Mu.

“Tapi jika aku ditakdirkan untuk tidak bertemu sesiapa, hanya pada Mu aku berserah,” katanya.

Terdahulu menerusi satu laporan Mimi mendedahkan hubungan dengan pelakon Nur itu sudah berakhir selepas lima tahun bercinta.

Enggan menyalahkan sesiapa, Mimi turut memberitahu mereka berpisah selepas tiada lagi persefahaman.

“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… Anggap sahaja kami tiada jodoh.

“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan,” katanya seperti yang dipetik.

Walai bagaimanapun jelas Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, kini dia lebih mudah merancang perjalanan seni selepas berstatus solo.

“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.

“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya lagi.

‘Unfollow’ IG sejak April lalu, rupa-rupanya Syafiq Kyle, Mimi Lana dah putus! – “Bukan sebab popular atau orang ketiga”

SELEPAS berhenti mengikuti Instagram masing-masing, pelakon Mimi Lana akhirnya mengesahkan hubungan percintaan dengan aktor Syafiq Kyle sudah pun berakhir sejak sebulan lalu.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, menerusi laman Instagramnya memberitahu, dia reda dan menyerahkan perkara itu kepada takdir Allah.

“Ya Allah, berikan aku teman yang mempunyai hati kepada Mu.

“Tapi jika ditakdirkan tiada sesiapa yang aku temukan, aku hanya berserah kepada Mu,” ujarnya.

Syafiq dan Mimi Lana putus sejak sebulan lalu.

Hubungan pasangan ini disedari berdepan masalah selepas kedua-dua mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu.

Dalam pada itu menerusi laporan BH Online, tiada lagi persefahaman menjadi punca hubungan itu tidak dapat diselamatkan.
Bagaimanapun, Mimi berkata, perpisahan itu bukan disebabkan populariti atau gangguan orang ketiga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TRENDINGSANGAT.PW

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bukan Sebab G4ngguan Org ketiga. Mimi Lana Dedah Sebab Putus Cinta Dgn Syafiq Kyle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*