Walaupun musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada pasangan pengantin yang meneruskan rancangan awal mereka untuk disatukan. Seorang jurugambar perkahwinan, Afis Alias menerima tugasan untuk mengambil gambar nikah, namun lain pula yang jadi apabila dia sampai ke lokasi.
Beri lokasi rumah berhampiran kvbur
Menurut Afis, dia mendapat job berkenaan dan sudah mendapat bayaran pendahuluan untuk khidmatnya itu. Malahan, alamat lokasi sepatutnya dia mengambil gambar nikah turut disertakan oleh ‘pengantin’ itu menerusi Whatsapp.
Dia sudah cuba menelefon individu yang menghubunginya sebelum ini namun panggilannya tidak berangkat manakala mesej Whatsapp tidak dibalas.
Sampai awal sejam
Lelaki ini telah sampai pada jam 9 pagi tadi, (6 Jun) untuk mengelak tergesa-gesa untuk majlis yang sepatutnya berlangsung pada jam 10. Namun setelah gagal menghubungi individu berkenaan selama sejam setengah, dia akhirnya pulang.
Netizen buat sp3kulasi
Melihat kepada tweet yang viral itu, pengguna Twitter membuat spekulasi kelakar mengenai sebab sebenar mengapa pengantin berkenaan tidak muncul di hari pernikahan mereka. Namun, setakat ini masih tidak dapat dipastikan mengapa kejadian ini berlaku dan sebabnya kekal misteri.
Tok Adi nak nikah, tapi…
Duit jadi daun kering dalam akaun?
Sumber: Afis Ismail
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kredit : OHBULAN
Be the first to comment on "Dapat Job Sh00t Nikah, Bila Sampai, Pengantin Tak Dapat Dihubungi, Lokasi Pun Ser4m…"