[VIDEO] Vir4l Kisah Sc4mmer Rusia Konon ‘Terkandas’ Malaysia, Kini Berada Di Perak Pula?

Terdahulu, isu mengenai dua orang pelancong Rusia yang dikatakan ‘terk4ndas’ di Malaysia ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rupa-rupanya adalah seorang sc4mmer. Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Apishh Peace mend4kwa bahawa melihat mereka berdua di kawasan Tapah, Perak.

Kelibat mereka kelihatan di Perak

Pada awalnya, kelibat kedua-dua warga Rusia tersebut dipercayai dilihat di Temerloh, Pahang sebelum mereka dibantu oleh pihak polis dan diserahkan kepada kedutaan Rusia di Malaysia. Selain di Pahang, kedua-dua mereka juga dipercayai menggunakan modus operandi yang sama dengan meminta ‘bantuan’ di Tesco Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih mengejuutkan apabila mendapati warga Rusia tersebut kini telah berada di salah sebuah pasaraya yang terletak di Tapah, Perak. Menerusi video yang dimuatnaik oleh Apishh memaparkan beberapa orang pegawai polis yang sedang menjalankan tugas dengan menyi4sat sesuatu sambil membawa sekeping surat menuju masuk ke dalam sebuah premis telekomunikasi yang terletak di kawasan berkenaan.

Yang ni ke mat salleh yang vir4l tu? Sekarang Ada di kawasan Tapah, Perak. Hati-hati ye kome

Polis jalankan siasatan

Menerusi satu lagi video yang dikongsikan juga kelihatan pegawai polis yang berada di tepi jalan seperti sedang menulis sesuatu pada kertas sementara kedua-dua orang ‘sc4mmer’ berkenaan turut berada di kawasan yang sama.

Sumber: Apishh Peace

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Vir4l Kisah Sc4mmer Rusia Konon ‘Terkandas’ Malaysia, Kini Berada Di Perak Pula?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*