Dana RM225 juta untuk anak seni! Mahukan keadilan, Datuk Fizz Fairuz mula beri komen yg ped4s

BERITA mengenai bantuan khas bernilai RM225 juta yang disalurkan kerajaan untuk sektor seni, budaya dan hiburan dalam tempoh tiga bulan mendapat perhatian pelakon Datuk Fizz Fairuz.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 41, berharap bantuan tersebut diagihkan secara adil dan bukan hanya diberikan kepada orang yang sama.

Menurut suami kepada pelakon Datin Almy Nadia itu, ramai lagi penggiat seni yang memerlukan bantuan dan rungvtan mereka sebelum ini tidak dilayan.

Fizz berkata demikian di laman Instagramnya.

“Prihatin, prihatin juga… Jangan asyik bagi kat orang yang sama saja. Ramai lagi yang memerlukan. Harap keadilan la di situ ya.

“Sebab sebelum ini, macam-macam rungutan dari anak seni tak dapat. Alasan macam-macam… Harap kita sama adil okay. Mari kita tonton sama-sama,” kata Fizz.

Fizz berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik paparan skrin artikel bertajuk Dana RM225 bukti kerajaan prihatin nasib anak seni di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Bantuan berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentangan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada Jumaat lalu.

Fizz Fairuz.

Ia merupakan usaha kerajaan dalam melaksanakan program dan menyediakan kemudahan kewangan bagi pelan pemulihan industri kreatif dan seni.

Bagaimanapun, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abd Hamid berkata, setakat ini mekanisme penyaluran bantuan khas masih belum diwujudkan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman sosialnya bersetuju dengan kenyataan pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Ker4nda itu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dana RM225 juta untuk anak seni! Mahukan keadilan, Datuk Fizz Fairuz mula beri komen yg ped4s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*