Siapa suruh awak terima pinangan saya dulu? Pad4n muka kau dapat laki rambut sama panjang. -Mamat Sepah

PENAMPILAN yang tidak k3mas dan berambut panjang, pelawak Mamat Sepah mengakui ia merupakan perbezaan ketara antara dia dan isterinya Nordiana Ibrahim.

Bagaimanapun, Mamat bersyukur Nordiana yang juga seorang anggota polis menerima dirinya tanpa melihat daripada luaran sahaja.

“Macam langit dan bumi, di sudut hati isteri saya mesti fikir kenapa la laki dia macam ini. Mesti dia tak pernah terfikir akan berkahwin dengan lelaki rambut panjang macam saya.

Mamat berharap Nordiana terima dirinya seadanya.

“Yela, sekeliling kat tempat kerja dia semua orang yang kemas dan berdisplin, balik saja rumah jumpa lelaki rambut macam orang kat lok4p, kadang-kadang yang kat lok4p tu lagi kemas daripada laki dia.

“Dia kena terima hakikat kahwin dengan rocker sejati. Siapa suruh awak terima pinangan saya dulu? Pad4n muka kau dapat laki rambut sama panjang.

“Luaran tidak menjanjikan apa-apa… yang penting? Tolong sambung” kata Mamat.

Dia kena terima hakikat kahwin dengan rocker sejati. Siapa suruh awak terima pinangan saya dulu?

MAMAT SEPAH

PELAWAK

Bekas kumpulan lawak Sepahtu itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik foto bersama isterinya dia laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Mamat kerana bagi mereka, apa yang penting adalah seseorang itu perlu ikhlas dalam mencintai seseorang.

“Luaran tidak menjanjikan apa-apa… yang penting hati tulus dan ikhlas untuk mencintai… Rock jalan terus brother.

“Apa-apa pun semoga mahligai yang di bina kekal hingga ke jannah.

Mamat dan Nordiana berkahwin pada1 Mac lalu.

“Yang penting dalaman cinta sejati..,” tulis beberapa netizen di ruang komen perkongsian tersebut.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkahwin dengan anggota polis yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu pada 1 Mac lalu.

Mamat dan Nordiana terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 2018.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mStar 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Siapa suruh awak terima pinangan saya dulu? Pad4n muka kau dapat laki rambut sama panjang. -Mamat Sepah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*