“Allah Saja Tahu…” – 5 Tahun Fathia Latiff Tak Boleh Lupakan Aiman Hakim

Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa sukar dalam hidup sepanjang tempoh 5 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Kata Fathia, tidak mudah untuk melupakan individu yang pernah disayangi namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Photoshoot for @Beritaharian

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on.

“Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.

“Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam,” kata Fathia kepada Gempak.

Malah Fathia gembira dengan kehidupan baharu Aiman dan mendoakan kesejahteraannya bersama pasangan, Zahirah Macwilson.

“Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga,” tambahnya.

Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2015.

Aiman dan Zahirah pula mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Zahirah Macwilson

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Allah Saja Tahu…” – 5 Tahun Fathia Latiff Tak Boleh Lupakan Aiman Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*