Amran Tompel Kini Terlantar Perlukan Bantuan! Nama Emelda Rosmila Pula Jadi Sebutan Warganet

Amran bin Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel pernah menghiburkan peminat menerusi watak jenakanya dulu. Dia merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal seera zaman P. Ramlee iaitu allahy4rham AR Tompel.

AMRAN TOMPEL TERLANTAR TANPA BANTUAN

Difahamkan pelawak berusia 69 tahun ini berada dalam keadaan terlantar di rumahnya akib4t angin ahmar yang dihidapi sejak Disember 2015. Keadaannya yang serba kekurangan amat memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk meneruskan hidup.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman sosial dan kemudiannya dikongsikan semula oleh Zarina Anjoulie menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.

“Does anyone know of this?” Tulis ringkas Anju.
Sumber Instagram Zarina Anjoulie

Difahamkan Amran kini sudah pun berpisah dengan isterinya dan dikatakan tinggal bersama anak lelaki, iaitu Shafik di Taman Matahari Heghts, Senawang.

Melihat kepada perkongsian ini, ternyata Amran kini berada dalam keadaan uzvr dan sukar untuk bergerak. Bagi pihak yang ingin membantu meringankan beban Amran boleh lah menghubungi anaknya melalui nombor 017-212 3290 untuk mendapatkan maklumat terperinci.

MANA AR BADUL DAN ADLIN AMAN RAMLIE?

Amran Tompel juga memiliki dua adik beradik lain yang turut terlibat dalam dunia seni iaitu AR Badul dan juga Adlin Aman Ramlie. Secara tidak langsung, warganet mula memberikan pelbagai reaksi berhubung keadaan keluarga mereka.

Umum sudah pun mengetahui kemelut antara Anju dan juga isteri Adlin Aman Ramlie, iaitu Emelda gara-gara 1su bantuan khusus buat pengiat seni baru-baru ini.

Mana Emelda and the family?
Mungkin dia dah tolong abang ipar dia. Bersangka baik.
Sibuk makan daging sampaikan saudara pun dilupakan.

Jadi mereka mempertikaikan Adlin dan Emelda yang jauh pentingkan diri sendiri berbanding adik beradik yang berada serba kekurangan. Emelda sebelum ini sibuk dengan bantuan, dan ini peluang yang tepat untuk dia membantu abang iparnya sendiri.

Secara keseluruhannya, masing-masing perlu mainkan peranan dan jangan asyik menunding jari kepada mana-mana pihak. Mungkin ada sebab-sebab tertentu antara Amran Tompel dan keluarga sehingga dia diabaikan sebegini.

Semoga segala urusan pelawak veteran ini dan anaknya, Shafik dipemudahkan dan dipertemukan dengan insan berhati mulia dalam meringankan beban yang mereka hadapi.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber: Info Meecks

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Amran Tompel Kini Terlantar Perlukan Bantuan! Nama Emelda Rosmila Pula Jadi Sebutan Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*