Dr Say Mungkin Akan Dim4ki Bini Akibat Post Gambar Ni, tapi tetap bersyukur

Doktor selebriti yang juga hos My Doctors, Dr. Say Shazril berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Dia memaklumkan isterinya, Dr. Azura Abbas kini hamil lagi dan perkara tersebut diberitahu si isteri selepas beberapa kali melakukan UPT (Urine Pregnancy Test).

Seperti biasa, doktor ini berkongsi cerita panjang mengenai hal tersebut di dalam entri Instagramnya yang dikemas kini.

Bagi Say, khabar tersebut merupakan hadiah sempena Hari Bapa yang paling istimewa.

Isteri Tak Bagi Post

“Sy mungkin akan dim4ki bini akibat post gambar ni tapi sy tak boleh tahan! Pagi tadi sy dapat panggilan cem4s dari bini “Ubby, i buat UPT (urine pregn4ny test) tadi & dapat 2 line. I cam tak percaya so i buat sekali lagi & dapat 2 line jugak!Tapi samar2 aa both, betul ke ni? I pregn4nt ke ni?”.

“Dah dia kalvt sy lagi la kalut “WAAAAH, best gila unny! Alhamdullilah! Hepi gil4aa, mai gambar tengok”.

“Maka di whatsapp-kannya gambar di atas dengan pesanan “u jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti i down”, tapi Say Shazril mana dengaq cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULLILAH!,” tulisnya.

Meski ia belumpun disahihkan secara jelas, namun Say menganggap ia paling tidak memberi harapan buat mereka untuk sekali lagi mendapatkan zuri1at.

“Sy tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang2nya pregn4ncy mereka dah masuk 2nd trimester tapi bagi sy jadi atau tidak itu belakang kira.

“Sekurang2nya ada sinar harapan yg kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat. “Sebab ape doc ckp cmtu? Doc dh dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi?”.

“Ahaa tu semua ada sy jelaskan dalam my 1st Youtube video coming up really soon peeps! Something yg sy & bini tak pernah kongsikan dalam socmed kami kemungkinan yg kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

“Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini sy ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya.

“Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa ahaha,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Say dan Azura mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aezreil, pada 5 Mei 2019.

DR. Say Shazril Vir4l Setelah Terbuka Mengaku Dirinya Tak Subur

Bukan mudah untuk seorang lelaki itu, tambahan lagi dikenali ramai membuat pengakuan. Bahkan pengakuan itu bukan ‘biasa-biasa’. Perkataan mandul itu boleh mencetvskan perbal4han ‘per4ng dunia ketiga’ dan mana-mana lelaki pun akan terb4kar sisi egonya jika dilabel sebegitu. Sebaliknya dengan penuh ramah, lelaki ini tidak mengelak ataupun mengalihkan soalan mengenai isu sensitif sebegini.

“Saya tahu tak semua lelaki ada keberanian sebegini dan terbuka. Apatah lagi isu sensitif itu datangnya daripada diri kita sendiri. M4ndul itu boleh menggegarkan sesebuah perkahwinan dan boleh membarah kalau ianya ditangani dengan eg0 serta em0si. Selaku lelaki yang benar-benar menjalani rutin hidup sihat, bersenam, menjaga makan, dan tidak merok0k, saya yakin saya sihat. Semuanya normal.

“Seperti pasangan baru berkahwin lain, dua tahun pertama perkahwinan komitmen kerja membuatkan kami merancang untuk tidak punya anak buat sementara waktu. Pada waktu itu, penerimaan keluarga dan orang di sekeliling baik-baik saja. Sebagai lelaki dan suami, isu anak ini jarang diajukan kepada saya. Sebaliknya soalan ini acap kali diterima isteri.

“Kami berdua saling memberi jawapan yang sama; ‘belum rezeki buat masa ni.’ Apabila tahun ketiga, nampaknya isteri sudah mula menyuarakan kesungguhannya bergelar ibu. Sesekali saya dapat melihat ri1ak kecewa di wajahnya apabila saban bulan, dia seperti ternanti-nanti tanda positif menjurus ke arah keham1ilan.

“Perempuan ini jiwanya halus dan mudah tersentuh. Ketika itu kami berdua mula terasa bahangnya soalan mengenai anak terutamanya apabila beraya dan juga menghadiri majlis perkahwinan. Bila nak bertiga? Merancang ke? Antara soalan yang mula kami dapat. Saya yakin, isteri tidak betah menjawab soalan seumpama itu berterusan. Jadi kami pun mula serius dalam usaha mendapatkan zuri1at,” kongsinya.

M4ndul…Bukan Salah Perempuan Sahaja

Masuk tahun ketiga, kedua pasangan suami isteri ini mula serius berusaha untuk mempunyai zuriat. Ketika itu, Dr. Say sudah berlapang dada dan mengambil pendekatan. Ada rezeki, adalah. Tak ada tak apa.

“Dah tiga tahun kahwin, kami tak ada anak lagi. Sebagai lelaki saya okay. Perlahan-lahan saya reda dan kalau ada rezeki adalah. Kalau sebaliknya, saya terima. Dalam pada masa yang sama, saya bimbang saya kecewakan isteri yang sememangnya berharap ada zuriat menjadi pengikat kasih kami berdua. Isteri terlebih dahulu membuat pemeriks4an kesuburan, Alhamdulillah dia tidak ada masalah.

“Mei 2018, saya mengambil keputusan untuk melalui ujian kesuburan. Doktor memaklumkan masalah utama saya adalah Teratozoospermia berkenaan kualiti sperma abnormal yang menjejaskan kesuburan saya. Sebaik mengetahui keputusannya, sejujurnya saya tak kuat dan terkilan kerana tak lakukan ujian ini awal-awal lagi.

“Sebenarnya saya tak sangka hal ini berpunca daripada saya. Sejujurnya sebagai lelaki yang begitu menjaga kesihatan, saya yakin hal ini takkan berlaku pada diri saya. Tetapi sebaik meneliti habit saya yang menyukai kafei1n dan kekerapan mengambil minuman berkafei1n lebih tiga cawan sehari rupanya memberi impak kepada kualiti sperma saya. Sebaik menyedari masalah itu, saya mengubah rutin hidup 360 darjah. Saya lebih peka dengan apa yang saya ambil saban hari. Tidak ada pakaian terutamanya seluar yang ketat lagi, kurangkan pengambilan kafei1n harian dan makan ub4t yang dibekalkan. Secara konsisten selama tiga bulan menukar rutin kehidupan baru, saya sekali lagi melakukan ujian kesuburan dan Alhamdulillah, semuanya kembali normal,” kongsinya.

Buang Eg0

Lelaki ini sedia maklum, satu Malaysia tahu isu sensitif yang dikaitkan dengan dirinya. Perkongsian demi perkongsian dalam blog serta liputan media berkenaan dirinya, pasti menyentuh hal ini. Bagaimana dia mengetepikan rasa malu dan merendahkan eg0nya berkongsi cerita hal kesuburan sebegini?

“Ketidaksuburan itu dalam julat 50 – 50, ada yang berpunca daripada isteri dan ada daripada pihak suami. Tetapi sebagai suami yang waras, jika timbul isu sebegini jangan pula kesalahan itu dilemparkan ke pihak isteri semata. Dengan gaya hidup hari ini yang terdedah kepada pencemaran, merokok, pemakanan yang kadang-kadang dimakan hanya kerana ia viral, pengambilan suplemen yang akhirnya menjejaskan kualiti kesuburan kita.

“Hadapi situasi ini dengan sebaiknya. Buang ego. Jalani ujian kesuburan. Jika anda puncanya, cari jalan penyelesaiannya. Sebagai seorang suami, menjadi kewajipan saya yang pernah melalui masalah sebegini berkongsi secara terbuka. Malu itu saya buang jauh-jauh. Saya sedia maklum isu ketidaksuburan ini, antara punca pasangan di Malaysia berpisah. Si isteri balik-balik menjadi mangsa diskriminasi dan dikecam. Sebagai suami jangan terlalu yakin dengan kemampuan diri.

“Sebaik saya membuat kenyataan terbuka ini di media sosial peribadi, saya menerima banyak mesej daripada lelaki berstatus suami berkongsi masalah kesuburan yang dihadapi. Apa yang patut mereka buat, adakah mereka masih punya harapan dan contoh rawatan bagaimana yang perlu dilakukan antara soalan yang kerap diterima. Akhirnya ada juga suami yang faham mesej yang saya sampaikan. Demi menyelamatkan rumah tangga, sebagai suami, aksanakan tanggungjawab anda merangkumi hal sensitif ini dengan profesional bukan emosional,” tegasnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dr Say Mungkin Akan Dim4ki Bini Akibat Post Gambar Ni, tapi tetap bersyukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*