“Masuk 10 kedai, 10 kali kena imbas suhu” – Kerajaan umum SOP baharu buat pengunjung pusat beli belah

SARINGAN suhu badan kini hanya perlu dibuat di pintu masuk pusat beli belah sahaja.

Demikian kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Isnin.

Jelasnya, pelanggan kini tidak lagi perlu membuat saringan suhu lebih dari sekali setiap kali memasuki mana-mana premis dalam pusat beli belah yang dikunjungi.

“Mesyuarat khas bersetuju saringan suhu badan hanya dilakukan di pintu masuk pusat beli belah sahaja.

“Pelangan tak perlu memeriksa suhu badan dalam setiap kedai yang dikunjungi. Kalau sekarang masuk 10 kedai, 10 kali kena imbas suhu,” ujarnya.

Namun kata Ismail Sabri, rekod peribadi seperti nama dan nombor telefon wajib diisi bagi memudahkan urusan pengesanan kontak sekiranya berlaku k3s jangkitan C0vid-19.

“Bagaimanapun, rekod peribadi harus diberi kepada setiap kedai yang mereka masuk sama ada secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera.

“Biasanya kita masuk ke pusat beli belah, tak tahu ke mana hala tuju pelanggan tersebut. Mungkin pergi sampai 10 kedai.

“Jadi kalau ada k3s, kita masih boleh buat pengesanan atas pelanggan yang hadir,” ujarnya.

Selain pusat beli belah, garis panduan sama turut terpakai kepada pengunjung hotel.

Ujarnya, mungkin ada pengunjung yang memasuki outlet jualan cenderamata dan pakaian dalam sesebuah hotel.

Jadi, mereka kini hanya perlu membuat imbasan suhu badan sekali sahaja sewaktu memasuki hotel tersebut.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Masuk 10 kedai, 10 kali kena imbas suhu” – Kerajaan umum SOP baharu buat pengunjung pusat beli belah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*