” Yang Menitis Cuma Air Mata” – Zizan Razak

Zizan Razak ada berkongsi satu video yang merakamkan sekitar sesi kunjungannya ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan bagi menziarahi peminat cilik istimewanya, adik Puteri Nur Zulaika yang sedang mendapatkan raw4tan di sana.

Menerusi video yang berdurasi kira-kira lima minit itu, Zizan antara lain sempat berbual sambil mengisi masa bersama kanak-kanak berkenaan selain turut melakukan sesi panggilan video bersama rakan artis, Johan.

Bagaimanapun, video yang dikongsi itu turut menjentik jiwa warga maya apabila bintang filem Bulan & Pria Terhebat itu dilihat tidak dapat menahan sebak apabila adik Puteri turut menitipkan doa buat artis kesayangannya itu.

Zizan menyifatkan ia tangisan yang di luar kawalan.

“Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri.

“Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu.

“Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada Johan dan Aedy Ashraf yang turut bertanya khabar buat peminat ciliknya itu.

“Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah.

“Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin.

“Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. Amin,” pohon Zizan.

Serentak dengan perkongsian video yang sudah pun ditonton lebih 300,000 kali itu, para peminat termasuk selebriti turut menitipkan doa, berharap agar adik Puteri segera sembuh.

Terdahulu menerusi platform sama, Zizan turut memuat naik beberapa foto bersama adik Puteri yang turut mendapat perhatian para peminat setianya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Harini Zizan datang melawat peminat setia Zizan. Iaitu Puteri Nur Zulaika. Zizan minta semua mendoakan supaya adik puteri sihat dan sembuh secepat mungkin seperti kita semua. Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Amin. #zrcharity

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri. Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin. Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah. Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. 😭😭😭😭😭❤️❤️❤️❤️ Amin..

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Foto: Instagram Zizan Razak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "” Yang Menitis Cuma Air Mata” – Zizan Razak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*