“Walau Berkali2 Dihancurkan Hatinya” – Joy Revfa Mula “Buka Cerita” Pasal Bella Astillah

Usahawan kosmetik Joy Revfa menerusi kemas kini di Instagramnya meluahkan rasa kagum terhadap ketabahan Bella Astillah apabila rumah tangganya dengan Aliff Aziz dilanda badai.

“Kagum dengan wanita seperti Bella Astillah. Sifat pemaafnya sangat tebal. Walau berkali-kali ???dihancurkan??? hatinya, dia tetap memaafkan dan melupakan sikap suaminya yang dulu,” tulisnya.

Bersama-sama perkongsiannya itu, Joy sertakan sekali video pertemuan antara dia dan Bella, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Joy turut kagum dengan usaha pasangan itu memperdalami ilmu agama.

“Syukur Alhamdulillah, hidayah Allah swt tetap hadir untuk bahagiakan pasangan ini, malah dikurniakan cahaya mata kedua.

“Syukur, dalam diam mereka berdua tetap beristiqamah dan berusaha mendalami ilmu agama.”

Menurut laporan mStar sebelum ini, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah rujuk sebagai suami isteri ketika masih dalam edah dan kini dijangka bakal menyambut cahaya mata kedua pada Julai depan.

Terdahulu, pasangan itu mencetuskan kontr0versi apabila bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali berlaku cur4ng.

Bella membuat pengakuan ketika menjawab pertanyaan pengikut yang melihat perubahan wajah dan mempersoalkannya berbadan dua dalam laman sosial, Instagram (IG), baru-baru ini.

“Ya, saya…” demikian jawapan Bella kepada pengikutnya mengenai dakwaan hamil.

Mengulas pertanyaan peminat adakah kembali bersama Aliff, Bella menjawab, “Alhamdulillah, masa dalam edah lagi, jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya.

“Kenangan pahit, tetapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa.”

Menerusi komen dalam IG, ibu kepada Ayden Adrean itu memberikan reaksi positif kepada pengikutnya.

Bagaimanapun, apabila diminta mengulas isu hamil dan kembali bergelar isteri, Bella mengharapkan pengertian semua dan tidak mahu mengulas lanjut.

Baginya, apa yang penting adalah kebahagiaan dirinya dan keluarga.

“Buat masa ini, saya rasa tidak sesuai berkongsi kisah peribadi. Cukup jawapan ringkas saya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Walau Berkali2 Dihancurkan Hatinya” – Joy Revfa Mula “Buka Cerita” Pasal Bella Astillah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*