Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sememangnya terkenal dengan sifat lantangnya dalam bersuara dan memberi pendapat.
Setiap perkongsiannya di laman sosial samada Facebook, Twitter atau Instagram pastinya akan mencvri perhatian ramai.
Terbaru, Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ menulis satu status di Instagram seakan memberi ‘am4ran’ buat pemimpin politik tanahair.
Menurut TMJ, dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang, pemimpin seharusnya berusaha membantu rakyat dan bukannya sibuk berebvt kuasa.
” Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.
” Semua dah kaya raya tetapi masih g1la kuasa. Ada juga aku “b4ckhand” sorang-sorang,” tulis TMJ
Bagaimanapun TMJ tidak menyatakan secara khusus kepada siapa kata-katanya itu ditujukan.
Namun berdasarkan ayatnya itu, ia jelas merujuk kepada pemimpin politik tanahair.
Kebetulan pula semalam berlaku dua perkara yang sememangnya jelas terdapat unsur ‘ber3but kuasa’ seperti yang disebut TMJ.
Jika diteliti kepada perkembangan politik semasa, terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan TMJ menulis status berkenaan.
Pertamanya, isu perebutan kuasa di Sabah
Pertamanya ada isu perebutan kuasa di Sabah di mana Musa Aman dan 32 Adun cabar pembubaran DUN Sabah.
Tindakan itu diambil selepas Musa gagal dalam cubaannya menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Shafie sebelum itu mengumumkan DUN dibubarkan atas persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bagi membolehkan pilihanraya diadakan.
Kemuncaknya hari ini, Musa Aman mengetuai 32 Adun lain mengemukakan saman ke atas Tun Juhar.
Keduanya, isu penubuhan parti baru Tun M
Sementara kemungkinan kedua yang membawa kepada status ditulis TMJ itu merujuk kepada pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan parti baru, juga berlaku hari ini.
Ramai yang mempersoalkan tindakan Tun M menubuhkan parti baru, dengan mengatakan bekas perdana menteri itu masih bercita-cita dalam politik.
Sebaliknya, Tun M menjelaskan parti-parti berasas kepada Melayu dan peribumi yang wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang g1lakan kuasa.
Tambah Tun M lagi, matlamatnya masih bertujuan “menghapus rasuah dan kleptokrasi” dan menegaskan perjuangan wadah politik baru itu “berasas semangat, bukan duit.”
Untuk rekod, TMJ dan Tun M pernah beberapa kali berbalas kenyataan di media kerana perbezaan pendapat.
Sekitar April 2019, TMJ mengatakan beliau bersedia berhadapan dengan tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
Dalam ciapan di laman Twitter peribadinya, Tunku Ismail ‘mempersilakan’ , Tun M yang ketika itu bergelar Perdana Menteri untuk berbuat demikian.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: IG TMJ/Limau Ais
Be the first to comment on "Dah Kaya Raya Tapi Masih G1Ier Kuasa. Ada Juga Aku B4ckhand Sorang-Sorang. Ada Apa Dgn Status TMJ?"