“Pavithra Tidak Faham..” Fazley Dedah Kesilapan Sugu Pavithra?

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob bersimpati atas nasib yang menimpa pasangan YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavithra.

Kata Fazley, tidak patut untuk menyal4hkan mereka memandangkan populariti mendadak yang diperoleh menyebabkan mereka g4gal untuk mengawalnya dengan baik.

“Saya kasihankan media kerana dipersalahkan tetapi pada masa sama saya kasihankan juga pada Sugu dan Pavitra kerana mereka tidak faham dunia glamor.

“Pada saya apa yang perlu dilakukan, lebih baik sekiranya jika ada kenalan yang boleh ke rumah mereka untuk mengajar macam mana untuk berdepan dengan populariti, berhadapan tekanan keluarga dan menjawab soalan media.

“Populariti yang datang mendadak itu tanpa ada ilmu menyebabkan mereka mudah dipersalahkan semula. pada saya populariti boleh membnuh dan beri k3selesaan.

“Itu pilihan yang mereka perlu buat tapi perlu bersama didikan dan tunjuk ajar,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Fazley merayu rakan selebriti atau YouTuber untuk turut sama membantu pasangan itu agar tidak membuat pilihan yang salah.

“Tolong bantu dan ajar mereka untuk berdepan populariti supaya tidak dibnuh populariti mereka sendiri,” tambahnya.

Sebelum ini saluran YouTube Sugu Pavithra menjadi fenomena apabila menampilkan cara masakan yang bersahaja hingga mengumpul lebih 785,000 pengikut.

Populariti pasangan itu melayakkan Pavithra menerima pengiktirafan sebagai ikon Anak Bandaraya Ipoh daripada Majlis Bandarayaq Ipoh (MBI).

Namun, pasangan itu terpalit dengan kontroversi keganasan rumah tangga hingga menyebabkan mereka memadamkan k3semua video di saluran YouTube.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Pavithra Tidak Faham..” Fazley Dedah Kesilapan Sugu Pavithra?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*