Baru Bercer4i, Bekas Isteri Tuntut Imam Muda Syed Faris Jelaskan Nafkah Anak

PROSES tuntutan nafkah anak yang difailkan oleh bekas isteri Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu Rosly akan berlanjutan apabila mereka belum mencapai kata sepakat berhubung perkara itu.

Menurut Syed Faris atau nama sebenarnya Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, proses sulh yang berlangsung pada Selasa perlu diadakan lagi bagi memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk berbincang.

“InsyaAllah kita akan ada perbincangan lagi selepas ini sebab hari ini (proses sulh) agak drastik. Terlalu cepat dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Syed Faris dan Nur Hidayu ketika selesai proses sulh di Mahk4mah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Selasa.

“Saya harap semua dapat doakan supaya rancangan dan masa depan anak-anak lebih terjamin. Perbincangan hari ini memang tentang anak-anak sahaja, ” kata Syed Faris kepada mStar.

Sementara itu Nur Hidayu berkata dia enggan memanjangkan kes berkenaan ke peringkat bicara di hadapan hakim.

Namun katanya, isu pendapatan Syed Faris perlu diambil kira sebelum sebarang kata putus dicapai.

“Proses ini memang akan ambil masa sebab kena juga ambil kira beberapa faktor antaranya pendapatan bekas suami saya. Kedua-dua pihak juga ada homework yang perlu dilakukan.

“Jika boleh kami mahu selesaikan perkara itu (tuntutan) di luar mahkam4h dengan cara yang baik, ” kata Nur Hidayu.

Syed Faris dan Nur Hidayu, 33, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Selasa bagi menjalani proses sulh.

Nur Hidayu bersama lima anak-anaknya hasil perkahwinan dengan Syed Faris.

Sulh merupakan suatu perundingan dan perbincangan di antara pihak-pihak di hadapan seorang pegawai sulh berkaitan perkara yang dipertik4ikan terhadap tuntutan di mahkamah syariah.

Menerusi laporan mStar pada 30 Julai lalu, ibu kepada Nur Hidayu yang dikenali sebagai Zainab mengesahkan Syed Faris mencer4ikan anaknya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu.

Wanita itu turut mendakwa Syed Faris sudah beberapa kali kant0i berlaku cur4ng terutamanya ketika Hidayu sedang hamil.

Bukan itu sahaja, Nur Hidayu menerusi sebuah laporan mendedahkan sudah berpisah dan mendakwa dik4sari oleh madunya selepas Syed Faris bercadang untuk mencer4ikan salah seorang daripada mereka.

Sehubungan itu, pendakwah bebas berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai semua dakwaan bekas isterinya kerana beranggapan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Tak ada apa-apa (komen). Perkara ini akan mengeruhkan lagi keadaan, ” ujarnya ringkas.

Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, 8 bulan.

Sepanjang perkahwinan mereka, Nur Hidayu pernah mengalami kegguran sebanyak empat kali.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Bercer4i, Bekas Isteri Tuntut Imam Muda Syed Faris Jelaskan Nafkah Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*