Perubahan transisi hidup pelakon, Zila Bakarin untuk mengenakan berhijab ternyata memberi seribu satu kemanisan dalam hidupnya kini.
Zila atau nama penuhnya, Rosmawati Bakarin baru-baru ini juga terpanggil untuk berkongsi kisah penghijrahan dirinya itu menerusi saluran YouTube Zayan.my.
Antara lain, bintang senior berusia 45 tahun ini memaklumkan, dia tidak menerima sebarang pentunjuk atau hidayah daripada Yang Maha Esa untuk mengenakan tudung.
Jelas Zila, dia membuat keputusan untuk penghijrahan ini atas dasar mahu menjadi seorang insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Terdetik hati macam selalu orang cakap hidayah itu milik Allah kan? Jadi, dia kalau bagi tu dia gerakkan tu dia detikkan tu kadang-kadang bukan kerana kita rasa nak atau apa. Kita nak buat tu dia gerak, dia gerakkanlah.
“Dia nak bagi kita susah, dia bagi kita susah dia bagi kita senang dia bagi kita senang cuma saya rasa tak ada punca yang membuatkan saya nak berhijap sebenarnya.
“Tapi benda tu hanya datang dan saya rasa benda tu saya dah kena pakai, saya pakai dan teruskan, itu sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Zila berkata keputusan untuk memakai hijab juga terdorong kerana amat menyayangi suaminya selain kerana Allah SWT.
“Saya terlalu sayang suami saya apa-apa pun. Dia mungkin tidak sempurna seperti suami orang lain atau lelaki lain.
“Tapi saya rasa dia sudah memadai untuk saya, dan saya buat ni saya pakai hijab kerana saya ni amanah dia.
“Suami saya ni bukan jenis bercakap… demi Allah suami saya, air pun dia tak pernah minta saya buat. Semua dia buat sendiri.
“Jadi apa lagi yang saya nak? Tak kaya sangat tapi dia sangat rajin, dia sangat sayang saya dan dia tak tak pernah bersuara tentang pakaian saya.
“Tak akan saya nak biarkan dia esok di akhirat t4nggung d0sa saya dan anak-anak? Sebab saya tak nak di akhir4t dia kena jawab benda tu nanti.
“Saya nak jumpa suami saya dekat akhir4t, saya tak nak lelaki lain,” katanya panjang lebar.
Zila sebelum ini ada memuat naik beberapa foto di Instagram yang memaparkan dirinya telah pun menutup aurat, mengenakan hijab.
Video: Youtube Zayan.my
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
Be the first to comment on "“Saya Nak Jumpa Suami Dekat Akhir4t,” – Zila Bakarin"