“Kalau dah memang ditakdirkan” – Syazwan Zulkifly Dedah Hubungan Dengan Wan Sharmila

Pelakon Syazwan Zulkifly, 33, tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres Wan Sharmila, 39, atau lebih mesra disapa Lala.

Ketika dihubungi Gempak, Syazwan menyatakan buat masa sekarang hubungan mereka masih sebagai seorang kawan.

“Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala.

“Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan.

“Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala.  

“Walaubagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda menerima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama di dunia realiti.

“Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama. 

“Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja.

“Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. 

Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kepada yang dok tanya bila nak kahwin balik,ha amacam episode malam ni?puas hati ka?hehehe #7harimencintaiku2

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau dah memang ditakdirkan” – Syazwan Zulkifly Dedah Hubungan Dengan Wan Sharmila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*