Ditudvh Eksploitasi Pakaian Tradisional India, Ini Reaksi Mengeejutkan Dari Mira Filzah

SEORANG pengguna laman Twitter menuduh pelakon Mira Filzah cuba mengeksploitasi budaya kaum India dengan memakai set lengkap pakaian tradisional ‘lehenga’ bagi mempromosikan produk kanta mata.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezama, 27, tampil memohon maaf sekiranya tindakannya itu tidak disenangi masyarakat India.

Ujar Mira, pemilihan konsep bagi tujuan promosi produk berkenaan dibuat kerana minatnya terhadap dunia Bollywood sejak kecil.

“Saya minta maaf sekiranya apa yang saya buat itu salah. Saya membesar dengan filem dan lagu Bollywood, adalah peminat Bollywood sejak kecil.

“Malah saya hafal dan buat terjemahan lirik untuk memahami lagu dengan lebih mendalam. Sebagai peminat Bollywood, sejak kecil saya simpan impian untuk memakai set lehenga seperti Madhuri Dixit dan Aishawarya Rai yang dipakai dalam filem.

Mira dan individu tersebut saling membalas di Twitter.

“Zaman sekolah menengah lagi saya sudah berangan! Tetapi saya tidak tahu bila dan untuk apa harus dipakai. Apabila saya ditawarkan untuk sesi fotografi lens Lavue ini, mata Aishawarya Rai terlintas di fikiran saya.

“Saya suka melihat matanya hijau dan biru dalam filem Umroa Jaan. Oleh itu, saya mencadangkan tema Bollywood kepada pemilik jenama tersebut,” jelas Mira menerusi Twitter.

Terdahulu seorang pengguna Twitter mempertikaikan perbuatan Mira yang menurutnya sengaja mempergunakan budaya kaum India untuk mengaut keuntungan.

“Penguasaan budaya, pasti merasa senang untuk memanfaatkan budaya kami,” tulis pengguna berkenaan.

Dalam pada itu, Mira memberitahu pertama kali dia memakai set lengkap lehenga dengan aksesori membuatkan dirinya berasa teruja.

Pelakon filem Sangkar ini berkata dia hanya meminati dunia Bollywood dan tidak mempunyai niat untuk mempersendakan serta mengaut keuntungan daripada budaya kaum India.

 

Sekali lagi, tidak ada niat sama sekali untuk mendapatkan keuntungan daripada budaya orang India

MIRA FILZAH

PELAKON

“Saya terlalu teruja sebab ini adalah kali pertama saya memakai set lengkap lehenga dengan aksesori! Saya pernah pakai sekali untuk satu acara tetapi tidak lengkap dengan aksesori penuh.

“Sekali lagi, tidak ada niat sama sekali untuk mendapatkan keuntungan daripada budaya orang India. Saya sangat menghormati dan mencintai budaya anda,” ujarnya.

Sementara itu, individu yang membuat tuduhan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Mira kerana tampil memohon maaf dan berharap aktres tersebut akan lebih kerap bercerita mengenai budaya kaum India.

Mira akui meminati dunia Bollywood sejak kecil.

“Terima kasih sangat sebab memohon maaf! Saya faham awak tidak berniat jahat dan seronok apabila dapat tahu yang awak suka dan hormat budaya kami. Saya minta maaf jika tweet saya membuatkan awak dibenci.

“Kami hanya minta pada masa hadapan, mungkin awak boleh cakap lebih mengenai budaya kaum India. jika awak berhasrat untuk memakai pakaian kami, mungkin boleh dapatkan beberapa model India juga!

“Kerana yang kita mahukan hanyalah pengiktirafan untuk budaya kita dan mungkin awak boleh mendapatkan pakaian daripada kedai milik orang India.

“Terima kasih sekali lagi atas permohonan maaf dan respon sopan daripada anda, sangat dihargai,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ditudvh Eksploitasi Pakaian Tradisional India, Ini Reaksi Mengeejutkan Dari Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*