“ADA polis! Ada polis!”
Seorang kanak-kanak melalui detik cem4s apabila bergegas dari tempat duduk belakang ke depan di dalam sebuah kereta yang dipandu bapanya.
Menerusi video yang tular di media sosial, kedengaran suara meminta kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar kerana bimbang dengan kehadiran polis.
Insiden budak lelaki itu yang ketakVtan dan akur memakai tali pinggang keledar kemudian bertukar lucu apabila ia sebenarnya adalah gurauan atau pr4nk bapanya.
Bapa berkenaan, Mohamad Nazly Mohd Atan berkata, dia tidak menyangka video tersebut yang terlebih dahulu dimuat naik di laman sosialnya menjadi tular selepas dikongsi seorang pengguna Twitter @AkmalAbdRazak_ sehingga diulang kicav lebih 44,000 kali.
Ammar biasanya memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan.
Mohamad Nazly memberitahu, rakaman tersebut dibuat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kinrara, Puchong di Selangor selepas menghantar anak sulungnya yang berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya pada tengah hari.
“Masa tu baru hantar anak sulung saya ke sekolah. Anak kedua saya Mohd Ammar Qushairy (Ammar) berusia enam tahun ikut sekali temankan saya hantar abang dia.
“Selalunya Ammar kalau masuk kereta memang dia akan pakai seatbelt (tali pinggang keledar) dulu. Dan masa dalam kereta tu memang pada mulanya dia pakai seatbelt,” kata bapa berusia 38 tahun itu kepada mStar.
Mohamad Nazly berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu kemudian menanggalkan tali pinggang keledar untuk ke tempat duduk belakang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Hari tu, abang dia bawa masuk mainan dalam kereta. Disebabkan tak boleh bawa mainan ke sekolah, jadi ditinggalkan saja di dalam kereta.
“Ammar ke tempat duduk belakang tu sebab nak main permainan abang dia. Saya dah tegur Ammar untuk ke kembali ke tempat duduk hadapan dan pakai seatbelt,” katanya.
Mohamad Nazly (kanan) membuat prank terhadap Ammar supaya anaknya itu memakai tali pinggang keledar.
Anaknya itu mendengar teguran kerana kebiasaannya dalam perjalanan antara sekolah abangnya dan rumah mereka sering kali pihak polis lakukan sekatan jalan raya.
“Ammar ni memang takut dengan polis. Saya selalu nasihatkan dia kalau tak pakai seatbelt tu satu kesal4han. Polis akan ambil tind4kan ke atas orang tak pakai seatbelt.
Saya selalu nasihatkan dia yang tak pakai seatbelt adalah satu kes4lahan. Polis akan ambil tindakan ke atas orang tak pakai seatbelt
MOHAMAD NAZLY MOHD ATAN
“Tapi sebab mereka masih kecil lagi, jadi saya bergurau dengan mereka untuk lebih berdisiplin. Saya kata kalau tak pakai seatbelt, nanti kena masuk penj4ra dan makan lumpur.
“Jadi, dalam video tu dia memang gelabah sangat sebab dia takvt nanti makan lumpur disebabkan tak pakai seatbelt,” ujarnya secara berseloroh.
Ammar (kiri) bersama abangnya.
Menurut Mohamad Nazly yang bekerja sendiri, gurauan tersebut hanya dibuat selepas beberapa kali tegurannya tidak diend4hkan anaknya yang kerap berulang-alik antara tempat duduk hadapan dan belakang dalam perjalanan itu.
“Agaknya sebab dia teruja dapat bermain mainan abangnya. Dia pun ada mainan yang sama tapi gan4s sampai ros4k mainan. Dalam kereta tu ada robot mainan abangnya dan dia punya robot dah ros4k, tak ada kepala. Sebab itulah abang dia tak bagi dia us1k mainan abang dia.
“Kali ketiga dia masih berulang-alik ke depan ke belakang, saya pun gurau kata ada polis. Memang dia gelabahlah. Bila dia nampak ada kamera saya pasang dan rakam, barulah dia tahu saya main-main saja. Tapi terus dia pakai seatbelt.
“Saya memang disiplinkan anak-anak supaya pakai tali pinggang keledar, sama ada duduk di hadapan atau di belakang kerana keselamatan menjadi keutamaan. Apa jadi selepas kena prank tu? Dia okay saja cuma men4ngis sekejap je,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Gelabah Pakai Seatbelt Gara-Gara ‘Roadbl0ck’, Ayah D3dah Sesuatu -Kenapa Takvt Sangat"