Hannah Delisha Kongsi Foto Berhijab, Ini Reaksi Netizen

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon kecil molek, Hannah Delisha dimana dia diantara selebriti wanita yang semakin mendapat perhatian ramai.

Rasanya kemunculan pelakon ini menerusi drama Mencintaimu Mr.Photographer membuatkan dia juga menjadi tumpuan dikaca televisyen dimana disaat itu dia bergandingan dengan pelakon, Syafiq Kyle sehingga menjadi bualan ramai.

Meskipun begitu, perkembangan Hannah Delisha juga dapat dilihat menerusi laman Instagram peribadinya dimana dia telah diikuti 2.4 juta followers, namun terbaharu gara-gara satu perkongsiannya ini membuatkan dia dihujani pelbagai komen daripada peminat dan pengikut.

Foto berhijab dengan kapsyen ‘Bismillah’ buat Hannah Delisha jadi perhatian

Ini kerana, perkongsian dia yang mengenakan hijab ini mengundang orang ramai mendoakan dirinya dan rakan selebriti turut mendoakan yang terbaik buat dirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillah🤍

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha) on

Menerusi perkongsian, Hannah Delisha yang tidak menulis kapsyen panjang itu membuatkan ruangan komen memuji penampilan pelakon berkenaan dimana dia menerima lebih 2 ribu reaksi positif daripada peminat dan juga rakan-rakan selebriti.

Dalam pada masa yang sama, foto Hannah Delisha berhijab membuatkan dia meraih hampir 180 ribu tanda suka dalam masa yang sekejap sahaja kerana ramai yang senang melihat penampilan pelakon jelita itu menerusi posting.

“Bismillah! Moga dipermudahkan dan istiqamah! Aminn”

“Sejuk mata memandang dan cantik bila Hannah Delisha bertudung”

Dalam pada itu, anda boleh ikuti juga kisah-kisah lain dibawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hannah Delisha Kongsi Foto Berhijab, Ini Reaksi Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*