Mira Filzah Dedah Sesuatu Tentang Suami Sendiri Selepas Mereka Diijabkabulkan. Memang Tanggapan Mira Meleset

Pelakon Mira Filzah selamat menjadi isteri kepada pasangannya Wan Emir Astar. Detik bersejarah pasangan itu disaksikan oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan rakan media di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Menerusi Drama Sangat, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan kongsi detik pertemuan pertama dengan suaminya. Menurutnya pertemuan ini bermula atas gesaan ibu dan ayahnya.

Karakter Emir sangat kuat

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Istimewa untuk peminat, #DSSquad kongsikan apa kata @mfmirafilzah , 5 jam sebelum Majlis Akad Nikah beliau bersama pasangan pilihan hatinya, @wanemirastar • STRIM LIVE di YouTube TV3Malaysia Official bermula jam 8.30 malam ini dan MBuzz jam 9 malam di TV3. Dapatkan update terkini hanya di @dramasangat • Jangan ketinggalan untuk menonton liputan majlis perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir secara eksklusif di semua platform rasmi Media Prima. • #emiramirah #LiveUpdate #MiraFilzah #MiraFilzahWanEmir #dramasangat #dramasangatofficial #dssquad #tv3malaysia

A post shared by TV3 | NTV7 | TV9 Drama Squad (@dramasangat) on

Karakter, karakter dan karakter. Keseluruhan karakter sangat kuat dan disenangi. Mira sangat selesa dengan dia. Dia sangat soft spoken. Dia tak pernah meninggikan suara. Mira sangat selesa dengan dia. Di hati rasa senang.

Menurut Mira Filzah, dia jatuh cinta dengan Wan Emir kerana karakternya yang sangat kuat. Walaupun pada awalnya dia merasakan Wan Emir seorang yang bosan namun segalanya berubah selepas pertemuan kali pertama.

Dia kejar-kejar tapi Mira tak layan sebab malas nak layan. Kalau tengok dia di Instagram, dia suka tulis kapsyen panjang-panjang macam nampak boring. Dia suka ekspresi melalui penulisan.

Mak abah bertanggungjawab dalam pertemuan mereka

Mak kenal arwh papa dia, Abah pun kenal dia secara indirectly. Mak dengan Abah orang bertanggungjawab yang push Mira. Pergilah jumpa sekejap. Jumpalah sekali pun takpa. Kalau tak suka takpe.

Ternyata buat pertama kali dia tidaklah seperti di Instagram.Dia tidaklah boring. Dia seorang kelakar juga. Dia aktif dalam seni, dalam drama dan lakonan. Tapi dia tidak menonjol seperti orang lain.

Tambahnya lagi, ibu dan bapa adalah orang yang bertanggungjawab membawa mereka kepada pertemuan pertama.

Dari situ dia beranikan diri untuk berjumpa dan akhirnya membawa kepada beberapa pertemuan sebelum merancang untuk berkahwin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Drama Sangat via Oh Bulan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mira Filzah Dedah Sesuatu Tentang Suami Sendiri Selepas Mereka Diijabkabulkan. Memang Tanggapan Mira Meleset"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*