Farah Nabilah Dedah Kali Terakhir Dia Berjumpa Dengan Sandra Dianne

Pelakon Farah Nabilah, 28, menyatakan kali terakhir dia berjumpa dengan Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne pada majlis perkahwinannya.

Ketika dihubungi Gempak, Farah berkata Sandra adalah sepupunya dan dia tidak berpeluang untuk melawat sepanjang arwh mendapat raw4tan di Hospital Putrajaya.

“Kali terakhir jumpa masa hari pernikahan saya. Lepas tu dia balik Sabah. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tersangkut dekat sana.

“Saya tak dapat melawat dia dekat Unit Raw4tan Rapi (ICU). Hanya ibu bapa dia sahaja yang dibenarkan masuk ICU. 

“Jadi saya cuma dapat gambar dan perkembangan arwh dari group WhatsApp keluarga,” katanya.

Tambah pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek mendedahkan dia sempat menitipkan kata-kata semangat untuk pelantun lagu Ku Tak Mahu Cinta itu berjuang di pentas Big Stage.

“Kami sempat berbual masa dia mula masuk Big Stage. Saya cakap dekat dia semoga berjaya.

“Kami sempat berbual melalui Instagram (IG) sahaja. Tu kali terakhir,” katanya lagi.

Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi setelah enam hari bertarvng ny4wa akibat kem4langan. 

Pada Sabtu lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kem4langan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejuut.

Sandra mendapat raw4tan di ICU dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Farah Nabilah Dedah Kali Terakhir Dia Berjumpa Dengan Sandra Dianne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*