Guru vokal Big Stage 2020, Cikgu Shafi turut terkesan dan sayu dengan pemergi1an bintang rancangan realiti itu awal pagi Jumaat.
Kata Shafi, keh1ilangan Sandra paling dirasai biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.
“Saya kehilangan Sandra Dianne salah seorang peserta Big Stage 2020.
“Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalanannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun.
“Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat ku syukuri,” coretnya menerusi ruangan Instagram Stories pada Jumaat.
Shafi berkesempatan menatap wajah Sandra kali terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke Sabah untuk disemadi1kan.
“Subuh tadi ku melangkah masuk ke bilik m4yat untuk menatap wajahnya kali terakhir. Hatiku sayu, r4puh.
“Segala kenangan menjadi abadi.
“Sandra… tiada lagi kesak1itan kamu,” tambah Shafi.
Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarvng ny4wa akibat kem4langan jalan raya.
Sabtu lalu Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Subuh Tadi Ku Masuk Bilik May4t Menatap Wajahnya …” – Cikgu Shafi Sayu, Ziarah Sandra Dianne Kali Terakhir"