PM seorang yang mengagumkan – Veveonah

“BELIAU seorang yang merendah diri dan hebat. Terima kasih banyak, Tan Sri”

Demikian tulis pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin dalam kapsyen di Instagram miliknya, selepas bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Veveonah turut memuat naik sekeping gambarnya berselfie dengan perdana menteri dengan ‘posing’ gaya santai.

Veveonah shares photos of her with PM, Khairy on social media | The Star

Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, Veveonah memaklumkan pertemuan dengan Muhyiddin itu adalah di atas jemputan beliau.

Stay awesome!!! It was such an honor for me and my parents to be invited to have dinner with Tan Sri Muhyiddin Yassin, 8th Prime Minister of Malaysia. He is such a humble and amazing person. Thank you so much, Tan Sri. (Ia merupakan penghormatan bagi saya & ibu bapa saya kerana dijemput untuk makan malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau seorang yang merendah hati dan hebat Terima kasih banyak, Tan Sri),” tulisnya dalam posting yang dimuat naik pada Ahad.

KJ bertemu Veveonah dan mohon maaf bagi pihak kerajaan | Nasional | Berita  Harian

Beberapa hari lalu, remaja tersebut memuat naik gambarnya yang dijemput untuk bertemu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di universiti tempatnya menuntut.

Beberapa foto pertemuan tersebut dikongsikan oleh Khairy di laman Twitter beliau.

Veveonah, pelajar jurusan Asasi Sains dari UMS mula menjadi perhatian umum susulan videonya memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik bagi menjawab soalan peperiksaan pada 12 Jun lalu, menjadi tular di internet.

Kisahnya kemudian h4ngat diperkatakan selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin pada 3 September lalu mend4kwa apa diceritakan Veveonah dalam satu video yang dimuat naik di Youtube adalah p4lsu dan sekadar untuk menaikkan nama sendiri.

Zahidi berkata, menerusi maklumat yang diberitahu kepadanya oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri, Veveonah tidak mengambil peperiksaan pada masa video itu dirakam.

Bagaimanapun, dakwaan mengenai Veveonah akhirnya terjawab apabila Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan bahawa pelajar itu tidak men1pu dan telah menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian pada Jun lalu. – THE STAR

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PM seorang yang mengagumkan – Veveonah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*