Wanita Lain Berhubung Sampai Lewat Malam, sekali Azri Kena ‘Soal Sias4t’ Dgn Ellie Suriaty

Suami kepada pelakon Ellie Suriaty, Azri Iskandar menjelaskan tidak mengenali individu yang berhubung dengannya menerusi Facebook sejak akhir-akhir ini.

Kata Azri, 52, hubungannya dengan Ellie masih baik dan dia cuba menjernihkan keadaan dengan menjelaskan situasi sebenar kepada isterinya selepas keadaan menjadi sedikit teg4ng.

“Kami taklah berg4duh, cuma kena soal sias4t sajalah.

“Isteri saya (Ellie) beng4ng dengan seorang kenalan saya di Facebook sebab dia selalu berhubung pada lewat malam.

“Dia buat MLM dan minta tolong saya carikan downline dia..

“Degi1l sebenarnya, saya sudah kata bukan senang nak cari orang sertai MLM ni tapi tetap juga asyik tanya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Azri perkenalannya dengan wanita terbabit hanya di media sosial dan masih lagi baru.

Namun, mereka sudah tidak lagi berhubung selepas Ellie menyekat komunikasi antara mereka.

“Saya tak tahu apa jadi dengan dia sebab isteri saya sudah menyekat laman sosialnya.

“Saya pun sudah lama tak balas mesej dia. Tak layan sebab tak penting pun,” ujarnya.

Ellie baru-baru ini meluahkan rasa beng4ng terhadap tindakan seorang wanita yang sering mengg4nggu suaminya terutama pada lewat malam.

Kecewa dengan situasi terbabit, Ellie turut memohon jasa baik individu yang mengenali wanita terbabit agar menasihatinya dan menjauhkan diri dari suaminya.

Sepanjang usia perkahwinan, Azri dan Ellie dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Suami Tahu Saya Wanita Berjiwa ‘Liar’…” – Lantang Bersuara, Ellie Suriaty Akui Azri Iskandar Risau

Sebelum ini, tindakan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang lantang bersuara menjadi perhatian ramai pihak.

Ellie menerima pelbagai reaksi berbeza, ada yang menyokong malah ada yang melemparkan krit1kan terhadap pengarah filem Pen4nggal itu.

Ketika ditanya sama ada tindakannya yang lantang bersuara mendapat sokongan suami, pelakon Azri Iskandar, Ellie mengakui suaminya risau.

“Azri tahu mengenai apa yang saya lakukan tetapi pada masa yang sama, dia risau. Sebagai suami, dia tak mahu sebarang kejadian buruk bakal terjadi kepada saya.

“Namun begitu, dia sudah masak dengan perangai saya… Dia sudah sedia maklum dan tahu saya merupakan seorang wanita yang berjiwa ‘liar’…” seloroh Ellie.

Pelakon dan pengarah terkenal Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang wanita yang mengganggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam.

Dedah Ellie, 50, menerusi akaun Facebooknya, wanita terbabit sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk.

“Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu?Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam? Kamu nak minta tolong apa dari suami saya?

“Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami?

“Dah nak m*mpos sangat ker sampai kau terdesak tengah-tengah malam?” tulis Ellie geram.

Terdahulu, Ellie turut menghantar pelawaan untuk menjadi senarai kenalan di Facebook wanita terbabit namun tiada maklum balas.

Justeru, Ellie menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya dan tidak terus cuba mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit:Gempak & FB EllieSuriaty

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wanita Lain Berhubung Sampai Lewat Malam, sekali Azri Kena ‘Soal Sias4t’ Dgn Ellie Suriaty"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*