Kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, usahawan Noor Nabila berakhir apabila kedua-duanya bersetuju dengan tuntutan yang dimertai dalam satu perjanjian.
Persetujuan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.
Antara persetujuan tersebut termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah.
Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Nabila sebagai plaintif berkata, persetujuan itu dibuat menerusi satu proses mediasi (bagi membincangkan penyelesaian saman) yang dilakukan secara awal tahun ini.
Dalam prosiding di mahkamah itu, Zainul telah membaca tuntutan-tuntutan tersebut dan antaranya adalah nafkah edah perlu dibayar Sharnaaz sebanyak RM500 sehingga tiga kali suci (tiga bulan).
Selain itu, Sharnaaz juga bersetuju membayar nafkah anaknya, Jebat Jayden sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz difailkan oleh defendan.
Sharnaaz juga bersetuju penjagaan anak diberikan kepada Nabila mengikut syarak.
Selain itu Sharnaaz juga diberi akses lawatan secara komprehensif terhadap anaknya selama empat tahun termasuk sebuah rumah yang terletak Taman Tun Dr. Ismail juga dipersetujui untuk dipindah milik kepada plaintif.
Pada masa sama, peguam mewakili Sharnaaz, Ummi Kartini Abdul Latif mengesahkan bersetuju dengan terma-terma yang dikemukakan pihak plantif.
Sementara itu, Sharnaaz dan Nabila ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka apabila kemelut rumah tangga dapat diselesaikan secara aman.
Menurut Nabila, dia lega apabila kes dapat diselesaikan secara baik.
“Saya lega sebab proses penceraian, hak anak, datang mahkamah ini dia ambil kita punya tenaga.
“Emosi pun agak terganggu juga setiap kali nak datang mahkamah, berat hati.
“Tapi Insya-Allah ini kali terakhirlah saya datang ke sini,” katanya.
Pada masa sama, Sharnaaz turut berterima kasih kepada Nabila kerana dapat mencapai kata sepakat.
“Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila ada anak kami Jebat,” katanya.
Terdahulu, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 19 September lalu.
Untuk makluman, nusyuz membawa maksud seorang isteri yang ingkar terhadap perintah suami.
Sekadar info, Nabila dan Sharnaaz sah bercer4i pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 2 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : GEMPAK, OHBULAN
Be the first to comment on "Kemelut Sharnaaz & Nabila Berakhir! Ini Keputusan Mengeejut Hak Penjagaan Anak"