(PDRM) Keluar Kenyataan Lar4ngan Berbasikal Di Lebuh Raya, Ini Reaksi Selebriti Buat Ramai Terkejutt

AKTIVITI berbasikal sama ada solo atau berkumpulan menjadi trend sejak akhir-akhir ini, malah ramai dalam kalangan selebriti tempatan juga mula menjadikan ia sebagai hobi baharu.

Antara lokasi yang menjadi pilihan penunggang basikal ialah di kawasan berbukit dan ada juga segelintir mereka yang menggunakan lebuh raya untuk aktiviti tersebut.

Bagaimanapun pada Khamis, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan lar4ngan berbasikal di lebuh raya dan penunggang yang ingk4r boleh didend4 RM1,000 atau penj4ra tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K antara selebriti yang juga aktif berbasikal.

Pengacara dan pembaca berita Hawa Rizwana yang juga aktif berbasikal menganggap kenyataan yang dikeluarkan PDRM itu sebagai peringatan yang baik untuk semua penunggang demi keselamatan.

Menurut Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 25, dia dan rakan-rakannya juga akan memilih kawasan yang tidak menganggu pengguna jalan raya lain.

“Sebenarnya ada kebaikan juga PDRM keluarkan kenyataan demikian untuk keselamatan semua. Macam saya dan rakan-rakan, kami akan pilih kawasan perkampungan atau hutan untuk berbasikal.

“Sebab kawasan itu kurang menganggu pengguna kenderaan lain. Saya pun masih baru dalam dunia berbasikal ini. Nak bagi cadangan atau pendapat berlebihan pun, macam tak sesuai.

 

Tak naklah hobi berbasikal ini jadi satu jen4yah dan bah4yakan orang lain.

NABILA RAZALI

PENYANYI

“Apa-apa pun, keselamatan memang perlu diutamakan. Saya akan ikut berkayuh dengan rakan-rakan yang sudah berpengalaman dan tak akan kayuh seorang diri,” katanya kepada mStar.

Manakala penyanyi Nabila Razali, 27, berkata, dia sentiasa mengikut undang-undang jalan raya yang ditetapkan dan memilih kawasan yang lebih selamat.

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga memberi cadangan agar kerajaan melaksanakan semula kempen hari tanpa kenderaan di satu-satu kawasan bagi memberi ruang kepada penunggang basikal melakukan aktiviti itu.

“Saya selalu berbasikal di sekitar Kuala lumpur pada hujung minggu tapi menggunakan laluan motosikal dan sentiasa mengikut undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Nabila melakukan aktiviti berbasikal pada hujung minggu.

“Bagi saya, apa yang PDRM dan kerajaan lakukan itu sebagai langkah keselamatan untuk elak berlakunya perkara yang tidak diinginkan. Cuma saya cadangkan kerajaan laksanakan lagi kempen seperti sebelum ini iaitu hari tanpa kenderaan di kawasan-kawasan tertentu yang boleh menjadi tempat kami berbasikal dengan selamat.

“Tak naklah hobi berbasikal ini jadi satu jenayah dan bahayakan orang lain. Nasihat saya untuk penunggang yang lain cari kawasan yang lebih selamat dan ada ruangan khas untuk berbasikal,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyampai radio Era FM dan pengacara Radin berpendapat isu tersebut mula berbangkit mungkin disebabkan semakin ramai orang menjadikan berbasikal sebagai hobi.

Bagaimanapun, Radin tau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi, 27, menasihati penunggang supaya menggunakan laluan yang betul di kawasan yang selamat dan tidak menganggu pengguna lebuh raya.

Radin sentiasa menggunakan laluan yang betul untuk berbasikal.

“Mungkin isu ini berbangkit sebab dah terlalu ramai mengikut trend berbasikal. Tapi bagi saya, kerajaan atau PDRM hanya lakukan kerja mereka demi keselamatan semua.

“Penunggang basikal kena ambil perkara ini secara positif. Bukan untuk hentikan aktiviti berbasikal tapi hanya langkah untuk elak perkara yang boleh mengakibatkan kemal4ngan.

“Gunalah laluan yang betul di kawasan yang tidak menganggu dan menyusahkan pengguna lebuh raya. Saya dan rakan-rakan pun selalu berbasikal mengikut laluan motosikal dan patuhi undang-undang,” katanya.

Baru-baru ini, cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) supaya basikal didaftar, dilesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran turut mendapat tentangan daripada ramai pihak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "(PDRM) Keluar Kenyataan Lar4ngan Berbasikal Di Lebuh Raya, Ini Reaksi Selebriti Buat Ramai Terkejutt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*