Gara-Gara Minta Gambar Tasik Dari Doktor Amalina, Nasib Suami Ini Menjadi Persoalan Netizen

Dunia laman media sosial ini tidak pernah sepi dengan kerenah dan juga pelbagai lagi isu semasa. Ada yang serius, ada yang tak boleh bawa bincang dan yang paling mendapat perhatian pastinya jika perkara itu mencuit hati.

Baru-baru ini, seorang individu telah meninggalkan komen di laman Facebook Oh My Media. Dalam perkongsian laman tersebut ada memuatnaik gambar Doktor Amalina bersama tunangnya, berlatar belakangkan tasik.

Komen yang ditinggalkan lelaki tersebut cukup ringkas, sekadar meminta gambar penuh tasik tersebut namun tanpa disangka, perbuatannya itu berjaya dih1du si isteri dan apa lagi, isteri pun komen jugaklah.

Terhibur dengan perkongsian tersebut, rata-rata komen yang ditinggalkan kaum lelaki tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempertahankan situasi tersebut. Namun suasana diam seribu bahasa.

Ada yang menggambarkan lelaki berkenaan akan tidur di luar malah ada komen yang lebih sadis lagi, lelaki berkenaan akan tidur beralaskan kotak maggi. Drama sungguh!

Bagaimanapun, melalui risikan kami, lelaki berkenaan mungkin masih selamat kerana melalui komen yang ditinggalkan isterinya, apa yang berlaku sebenarnya adalah sekadar gurauan.

Apa pun, ramai yang mendoakan lelaki tersebut agar ditemui dalam keadaan selamat atau paling kurang, dia bersiap sedia dengan life jacket sebelum dihumban ke dalam tasik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : https://gulapop.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gara-Gara Minta Gambar Tasik Dari Doktor Amalina, Nasib Suami Ini Menjadi Persoalan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*