Pekerja Tak Amanah Dan Ambil Kesempatan, Mencvri, Dikh1anati Dan Sebagainya – Neelofa

GENAP enam tahun menjalankan perniagaan tudung di bawah jenama Naelofar, pengacara popular Neelofa berkata, dia berdepan pelbagai cabaran sejak hari pertama bergelar usahawan.

Neelofa, 31, berkata cabaran dan dug4an yang dilalui sepanjang membangunkan perniagaan itu mematangkan dirinya untuk terus berdiri kukuh sehingga hari ini.

“Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja… tahun pertama itu memang banyak dug4an antaranya pekerja tak amanah dan ambil kesempatan, mencvri, dikh1anati dan sebagainya.

“Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda. Saya percaya setiap keburvkan pasti ada kebaikan.

“Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik, Alhamdulillah! Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya kepada mStar.

Ibu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed jadi tulang belakang kejayaan Neelofa.

Bekas pengacara program MeleTOP ini ditemui semasa pelancaran butik baharu Naelofar di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Meskipun menjalankan perniagaan bersama keluarga, Neelofa berkata cabaran tetap ada apabila mereka kerap berselisih pendapat antara satu sama lain.

“Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan em0si. Berselisih pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa!

Neelofa bersama adiknya, Mohd Aqief yang juga merupakan CEO Naelofar.

“Tiga tahu pertama tu, leave group itu selalu… iyalah dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes.

“Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik-beradik,” katanya.

Neelofa tunjuk koleksi tudung baharu Naelofar, Lalia.

Dalam pada itu, mengambil kira suasana pandemi1k Covi1d-19 yang sedang melanda dunia pada waktu ini, Neelofa berpendapat keputusannya untuk membuka butik dan melancarkan koleksi baharu, Lalia adalah satu tindakan yang wajar.

“Mungkin bagi usahawan lain sekarang bukan waktu terbaik untuk tampil dengan idea seperti ini namun tidak bagi kami.

“Peluang ini kami ambil dengan sebaiknya untuk menggerakkan pelan ini bersama-sama pasukan baru yang lebih dinamik, ” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pekerja Tak Amanah Dan Ambil Kesempatan, Mencvri, Dikh1anati Dan Sebagainya – Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*