“Walau Uzvr Beliau Masih…”-Ebit Lew Dedah Keadaan Terkini M Daud Kilau

Pendakwah bebas Ebit Lew mengakui sebak ketika melihat keadaaan penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.

Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu sedang uzvr namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzvr beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. 

“Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau.

Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. 

“Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.

“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang uzvr dan memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya.

Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai meng1dap beberapa jenis penyak1t termasuk kenc1ng man1s dan dar4h t1nggi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz. Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah. Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Walau Uzvr Beliau Masih…”-Ebit Lew Dedah Keadaan Terkini M Daud Kilau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*