Kilafairy Kongsi Foto Bersama Jejaka Pilihan, Sekali Lisa Surihani Komen

Penampilan penyanyi dan pelakon, Kilafairy semakin mendapat perhatian dan pujian oleh peminat dan pengikut di laman sosial Instagram peribadinya dimana seperti selebriti lain, Kilafairy juga diikuti ribuan pengguna.

Walau bagaimanapun, terbaharu foto-fotonya bersama dengan seorang jejaka ini membuatkan dia dan jejaka tersebut mendapat perhatian umum dan nampaknya ramai yang suka melihat mereka lalu meninggalkan ribuan tanda suka.

Sehingga mencecah lebih 50 ribu tanda suka dalam masa yang sekejap sahaja, mana tidaknya kelihatan jelas pasangan ini sama cantik, sama padan lalu membuatkan orang ramai juga meninggalkan pelbagai reaksi positif diruangan perkongsian Kilafairy.

“Constantly, consistently, continually, you forever.” Tulis Kilafairy menerusi posting bersama beberapa keping foto bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Constantly, ⠀ consistently, ⠀ continually,⠀ YOU forever ♥️

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Kelihatan, Kilafairy dan jejaka dalam foto tersebut juga memakai pakaian sedondon iaitu berwarna putih lalu sempat mengambil kenangan bersama.


Menerusi posting bagaimanapun, Kilafairy masih sahaja menerima pujian mengenai perubahan penampilannya yang kini sangat sopan dan tampil semakin cantik dengan penampilan tersebut.

Rakan selebriti, Lisa Surihani juga meninggalkan reaksi diruangan komen dengan memuji penampilan anggun Kilafairy itu.

“Cantiknya… makin cantik sejak Kila bertudung…”

“2 2 elok, gaya Kila pun elok manis sopan”

“Siapa sangka Kila makin cantik sejak bertudung ni”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kilafairy Kongsi Foto Bersama Jejaka Pilihan, Sekali Lisa Surihani Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*