Ini Lokasi-lokasi Dikunjungi Oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Sebelum Disahkan Positif C0vid19

Seperti semua kes Covi1d-19 lain, pengesan kontak kini berlumba dengan masa untuk mengesan individu yang mempunyai kontak dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Zulkifli Mohamad sejak 14 hari lepas.

Kali ini, tugas itu menjadi lebih mencabar kerana dua minggu sebelum dijangk1iti, Zulkifli telah merasmikan pelbagai acara yang dihadiri ratusan peserta, merentasi beberapa negeri- jika berdasarkan hantaran di laman Facebooknya.

Negeri-negeri berkenaan ialah Sabah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.Beliau turut melawat Putrajaya dan Kuala Lumpur,

Di tempat-tempat berkenaan, beliau dilihat memberikan ucapan di atas pentas, atau menyampaikan sijil atau bantuan dalam acara yang dihadiri ramai peserta.

Pada kebanyakan masa, Zulkifli mengenakan pelitup muka, tetapi ada ketikanya- seperti di Kampung Serusup, Tuaran ketika beliau menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan pada 24 September- pelitup mukanya diturunkan ke bawah.

Lawatan ke Sabah itu merupakan titik genting. Selain kes penj4ra di Alor Setar, Kedah dan kes-kes yang dikaitkan dengan pendatang tanpa dokumen di Klang, Selangor, hampir semua kes di semenanjung Malaysia mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Sabah.

Selepas pulang dari Sabah, Zulkifli telah melawat beberapa masjid di pelbagai negeri, kebanyakannya untuk menyampaikan khutbah atau ceramah.

Ini termasuklah Masjid Dato Kelana Petra, Nilai, yang pada hari ini mengumumkan penutupan serta-merta sehingga pengumuman lanjut kerana “beberapa svspek pesak1it Cov1id-19 hadir ke masjid” berkenaan.

Zulkifli menyampaikan khutbah di situ sebanyak dua kali sejak pulang dari Sabah.

Masjid dan surau lain termasuklah Masjid Ulul Albab di Jerteh (25 September), Surau An-Nur di Bangi (27 September), Masjid Jamek Sultan Hisamuddin di Serdang (3 Oktober).

Selain acara-acara, menteri itu turut berkongsi gambar mesyuarat yang dihadirinya, termasuklah di pejabatnya, yang menyaksikan kebanyakan peserta mesyuarat tidak memakai pelitup muka.

Beliau turut melawat kedai makan, dan seperti pelanggan lain, dia menanggalkan pelitup mukanya untuk makan, seperti di Putrajaya (Kedai Pak Tam Sup Utara di Presint 8) dan Tuaran (Gerai Kelapa Bakar Kak Tini).

Dalam pengumumannya hari ini, Zulkifli menggesa semua pihak yang mempunyai kontak dengannya untuk menjalani ujian saringan Cov1id-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata menteri-menteri kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan turut dikenakan perintah kuaranti1n di rumah, selepas berlakunya kontak dengan Zulkifli dalam satu mesyuarat pada 3 Oktober.

(Di bawah, Zulkifli dilihat mengenakan kopiah merah putih, di bahagian atas-kiri gambar).

Di bawah ini, disenaraikan tempat dan acara yang dilawati atau dihadiri menteri berkenaan sekembalinya dari Sabah, berdasarkan hantaran Facebooknya:

24 September (Sabah)

Menyampaikan bantuan kepada m4ngsa kebakaran.

– Kampung Serusup, Tuaran

Menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada program Food Bank Yapeim.

– Gerai Kelapa Bakar Kak Tini

Makan tengah hari.

– Kediaman Sakaran Dandai

Melawat bekas gabenor Sabah dan isterinya.

– Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Berlepas dari Sabah, dihantar oleh Mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar.

25 September (Kelantan, Terengganu & Putrajaya)

Dewan Jubli Perak, Kota Bharu

Menghadiri Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu

Menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah.

Masjid Ulu Albab, Jerteh

Menyampaikan khutbah Jumaat.

Kedai Pak Tam Putrajaya Sup Utara, Presint 8, Putrajaya

26 September (Kelantan, Kuala Lumpur)

Dewan Jubli Perak, Kota Bharu

Menghadiri program ‘Tausiyah Khas Sempena Hari Terbuka Yadim’.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa

Berlepas dari Kelantan.

PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur

Mengagihkan zakat kepada penerima, sebagai sebahagian daripada program ‘Projek Bakul Rezeki Khaira PPZ’.

 

27 September (Selangor)

Surau An-Nur, Bangi

Menyampaikan kuliah

30 September (Selangor)

Hotel Movenpick, Sepang

Menghadiri ‘Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara’ pada 30 September.

2 Oktober (Negeri Sembilan)

Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Melancarkan portal ‘Jom Infaq’ di Usim, Nilai. Turut menyampaikan khutbah Jumaat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz di universiti itu, dan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan universiti.

3 Oktober (Selangor)

Jabatan Perdana Menteri

Menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Serdang

Menyampaikan kuliah.

– Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu

Menghadiri Majlis Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Darussyifa’ Sesi 2020 dan Majlis Penganugerahan Darul Quran Jakim.

4 Oktober (Selangor)

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Menyampaikan bantuan kepada pelajar.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi

Menyampaikan bantuan kepada pelajar.

Hotel Geno, Subang Jaya

Menghadiri ‘Majlis Tilawah dan Hafazan al-Qur’an KAFA Peringkat Kebangsaan 1442 / 2020’.

Kredit:MalaysiaKini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ini Lokasi-lokasi Dikunjungi Oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Sebelum Disahkan Positif C0vid19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*