“Etika Kerjanya Tak Betul,” Que Haidar T0lak Tawaran ‘On The Spot’ Sebab…

Pelakon versatil, Que Haidar, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pihak produksi yang did4kwa gemar melamar artis tanpa berbincangan mengenai naskah yang ingin dihasilkan terlebih dahulu.

Menurut Que, sesi perbincangan harus dibuat bagi mengenal pasti jalan cerita, pengarah, para pelakon dan pelbagai aspek lain lagi.

“Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi saya memang tidak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu project anda bertanya tentang date saya dahulu.

“Maaf sekali lagi. Saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi project tersebut, directornya, jalan ceritanya, wataknya, pemain-pemain yang lain, lokasinya dan lain-lain lagi.

“Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Maaf sekali lagi saya terpaksa reject tawaran anda sebelum saya ambil tahu tentangnya,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi SY memang tidak gemar bila anda nak SY menyertai sesuatu project anda bertanya tentang date SY dahulu. Maaf sekali lagi.. SY rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi project tersebut, directornya, jalan ceritanya, wataknya, pemain2 yg lain, lokasinya dll. Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Ini bukan utk pelakon saja tapi gunakan cara ini dgn semua pekerja filem. Maaf sekali lagi SY terpaksa reject tawaran anda sebelum SY ambil tahu tentangnya 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pencipta Pegang Waktu itu menerusi akaun Instagram.

Tegas Que lagi, disebabkan oleh perkara sedemikan, dia terpaksa menolak tawaran tersebut meski belum mengetahui tentang peranannya di dalam projek berkenaan.

Melihat pula di ruangan komen, rata-rata peminat menasihati Que supaya mempertimbangkan semula keputusannya itu dan memberi peluang kepada pihak produksi tersebut memperbetulkan kesalahan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Instagram Que Haidar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Etika Kerjanya Tak Betul,” Que Haidar T0lak Tawaran ‘On The Spot’ Sebab…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*