Dikec4m Buat Akaun Tik Tok, Ini Jawapan Padu PU Azman

Beberapa hari lalu, penceramah bebas dan pelakon, PU Azman atau dikenali sebagai Cik Man dikec4m netizen gara-gara memaklumkan dia sudah mempunyai akaun TikTok.

Salah seorang netizen berpendapat TikTok  bukan saluran yang bagus meskipun apa yang mahu Cik Man sampaikan adalah perkara yang bermanfaat.

“Rasanya tak payah lah Cik man nak buat akaun TikTok ni. Lagi-lagi ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini. Budak-budak sekolah lagi aktif dengan TikTok

“Meskipun Cik Man salurkan benda yang positif tapi ada sampingan yang Cik Man kena tahu iaitu sebelum mereka buka TikTok, mesti ada video gambar-gambar pempuan tak tutup avrat sedang gel3k sana sini. Lebih baik  Cik Man buka saluran di YouTube atau di Instagram,” komen salah seorang netizen.

Pun begitu, Cik Man tidak berdiam diri malah dalam kemas kini terbaharunya di Instagram  tak menafikan ada perkara negatif ditayangkan di TikTok. Namun sebagai pengguna yang bijak mereka perlulah memperbetulkan niat.

“Ada orang cakap TikTok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Ded4h aur4t ni tak payah tunggu TikTok. Dalam semua media sosial pun ada.

“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat. Kau asYik terper4ngkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” jawabnya.

Dalam entri terbaharu dia memuat naik video pertama yang dimuat naik ke akaun TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dikec4m Buat Akaun Tik Tok, Ini Jawapan Padu PU Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*