Akhirnya ini kenyataan dari Istana Negara selepas mesyuarat khas Majlis Raja Raja Melayu dijalankan.

Raja-Raja Melayu mula bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah setelah kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara tepat jam 2.30 petang tadi.

Kenderaan rasmi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjadi kenderaan terakhir yang tiba. Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tiba di Istana Negara jam 1.30 petang diikuti dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada jam 2.14 petang.

Kenderaan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula tiba jam 2.18 petang, disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 2.20 petang.

Kenderaan rasmi membawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir tiba jam 2.23 diikuti Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail tiba jam 2.28 petang.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja berakhlr setelah hampir tiga jam ia berlangsung di Istana Negara di sini petang tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu bermula kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi Raja Melayu pertama yang dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara sebelum diikuti Raja-Raja Melayu yang lain.

Menerusi hantaran terkini dari Istana Negara, berikut adalah keputusan yang telah diambil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : AstroAwani/Kosmo/OM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya ini kenyataan dari Istana Negara selepas mesyuarat khas Majlis Raja Raja Melayu dijalankan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*