Fasha Sandha K0ngsi Video Joget, Sekali Benda Lain Yg Netizen Perasan

PERKONGSIAN video tarian pelakon Fasha Sandha bersama suami Aidil Aziz menerusi aplikasi TikTok menarik perhatian pengikut di laman Instagram.

Selain menerima pujian kerana aksi tarian bersahaja itu, ada juga peminat mempersoalkan mengenai penampilan Fasha yang dilihat tidak lagi mengenakan tudung.

Menjawab persoalan itu, Fasha berkata dia masih lagi belajar menutup aurat dan tidak pernah menyatakan hasrat berhijab sepenuhnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😴

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Betul komen dan pendapat adik itu, saya tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya, sama juga… macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadan begitu juga saya.

“Perlahan-lahan belajar, bukan untuk memenuhi kehendak netizen mahupun trend tapi kerana diri sendiri.

Fasha jawab komen seorang pengikut.

“Saya belajar. Alhamdulillah, ada orang bijak yang komen tentang isu ini. Terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik-baik. Doakan kakak ya,” jawab Fasha pada salah satu komen yang ditulis pengikut.

Video tarian TikTok yang dimuat naik Fasha itu menerima lebih 600,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengikut.

 

Perlahan-lahan belajar, bukan untuk memenuhi kehendak netizen mahupun trend tapi kerana diri sendiri.

FASHA SANDHA

PELAKON

Salah satu komen yang diutarakan netizen ialah mengenai penampilan Fasha yang dilihat tidak bertudung.

“Setahu saya Fasha Sandha tak pernah cakap pun dia bertudung, pada pandangan saya Fasha hanya menghormati keluarga mentua dia sahaja, saya berharap Fasha akan bertudung. Betul tak pendapat saya Fasha?” komen salah seorang peminat.

Fasha dan Aidil bersama pengurus mereka Kam teruja sambut kelahiran Aisha.

Sebelum ini, pelakon drama Semua Salahku ini mengakui selesa mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadan dan berkata dirinya masih dalam proses pembelajaran.

Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac 2019 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata bernama Aisha Amaira yang kini baru berusia dua bulan.

Fasha turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Fasha Sandha K0ngsi Video Joget, Sekali Benda Lain Yg Netizen Perasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*