Baru Kali Pertama Berkerjasama, Haqiem Rusli Dedah Perangai Datuk A Aida

Penyanyi Haqiem Rusli ‘disambar’ penerbit terkenal, Datuk A Aida untuk menyanyi dan menghasilkan lagu, Dia sebagai lagu tema bagi drama Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3, bulan depan.

Kepercayaan yang diberikan A Aida disifatkan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Percaya kepada rezeki, Haqiem turut bersyukur kerana proses untuk menghasillan lagu tersebut dipermudahkan.

“Verse lagu ini sudah lama disiapkan iaitu dalam dua bulan lalu. Tapi, apabila mendapat tawaran daripada Datuk A Aida, saya terus siapkan bahagian korus dan siap dalam masa sehari saja.

“Selepas siap, saya terus hantar padanya dan menghubungi Sharon Paul untuk gubahan muzik.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Malah, drama tersebut juga bakal ditayangkan bulan depan. Jadi, tak ambil masa pun nak siapkan. Dalam erti kata lain, lagu ini dibuat khas untuk drama ini.

“Diberi kepercayaan untuk menghasilkan lagu khas untuk drama adalah satu penghargaan buat saya,” katanya optimis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Coming Soon❤️❤️ Lagu:DIA Ciptaan:@haqiemrusli98_ @a_aidaproduction LIRIK: @a_aidaproduction @haqiemrusli98_ Lagu tema :Bidadari Salju @akasiatv3_officiall @tv3malaysia @fmcmusic @sudyrtahir @sharonpaul_msia #bidadarisalju

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on

Terdahulu, Dia merupakan karya pertama Haqiem bekerjasama dengan A Aida dalam menghasilkan melodi dan lirik.

“Selalunya saya bekerjasama dengan kompser sama dalam lagu-lagu sebelum ini. Tapi, untuk lagu ini saya keluar dari zon kebiasaan. Ini pertama kali bekerjasama dengan Datuk.

“Saya menganggap ini peluang terbaik dapat bekerja dengan bukan calang orang yang akan membantu karya saya dan dia juga. Ini peluang keemasan bagi saya.

“Diakui pada mulanya saya ingatkan Datuk seorang yang garang. Tapi, apabila berjumpa pada sesi rakaman, jangkaan saya meleset.

“Dia seorang yang ‘happening’. Kami boleh ‘ngam’ dan sekepala,” katanya.

Haqiem berkongsi, selepas lagu Dia, dia turut menantikan sebuah lagi projek bersama A Aida, tahun hadapan.

Dalam perkembangan lain, Haqiem juga mendedahkan akan muncul dengan lagu kolaborasi bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.

“Insya Allah, tahun ini atau tahun depan akan ada kolaborasi bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.

“Selain itu, lagu ciptaan saya yang baru keluar adalah lagu adik saya, Zali Rusli. Selepas ini ada lagu daripda Lah Ahmad pula berjudul Sejarah, Haziq Putra Band dan Adzrin Big Stage. Untuk penyanyi wanita, belum lagi,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Kali Pertama Berkerjasama, Haqiem Rusli Dedah Perangai Datuk A Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*