Kali Terakhir Cik B Jumpa Ayah Kandung Adalah Pada 2018. Hanya Ini Permintaan Beliau Dari DS Vida

Bekas suami pertama usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mendakwa dia dihalang berjumpa dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Mohd. Amin Yasin,42, mend4kwa, kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya itu pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu berlangsung hanya selama 15 minit.

Menurutnya, dia mengakui bahawa amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Susulan daripada itu, Mohd. Amin selaku plaintif telah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan,bermesra dan dan bermalam untuk bertemu kedua-dua anaknya itu daripada Datuk Seri Vida sebagai defendan dua minggu lalu di Mahkamah Syariah di sini.

Mohd. Amin diwakili oleh Peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida,49, tidak hadir dalam prosiding hari ini.

Mohd. Amin dalam linangan air mata turut mendakwa, sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.

“Dalam pengetahuan saya, mereka (Cik B dan Kacak) masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” ujarnya sebak.

Mohd. Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah bercerai dengan usahawan kosmetik itu pada tahun 2008 iaitu kira-kira lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Dia yang kini seorang peniaga gerai makan di Kampung Pasir Senor, Machang sudah berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd. Rahman,53, pada bulan November dua tahun lalu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam prosiding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.

Menurut Abu Bakar, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak.

Tambahnya, beliau juga mengarahkan kedua-dua anak plaintif dan defendan turut hadir dalam prosiding tersebut

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : KOSMO ONLINE

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kali Terakhir Cik B Jumpa Ayah Kandung Adalah Pada 2018. Hanya Ini Permintaan Beliau Dari DS Vida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*