Mengalir Air Mata! Dr Mahathir Dedah Sesuatu Pasal Allahy4rhamah Tun Rahah

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menziarahi jenaz4h Allahyrhamah Tun Rahah Mohamad Noah di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi dekat sini, pagi tadi.

Dr. Mahathir hadir bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada akaun Twitternya hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berbicara sesuatu kepada Dr. Mahathir.

Kehadiran Ahli Parlimen Langkawi itu akhirnya menjawab persoalan warga net yang berteka-teki sejak semalam sama ada beliau akan memberi penghormatan ter4khir kepada j3nazah ibu Najib memandangkan hubungan dingin di antara dua bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenaan berangkat untuk memberi penghormatan ter4khir kepada isteri bekas Perdana Menteri kedua itu yang juga ibu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut kelihatan adalah pembesar dan kenamaan-kenamaan lain.

Semalam beberapa portal tr0ll telah membuat beberapa posting berbentuk pr0vokasi terhadap Tun M kerana lambat mengucapkan takziah kepada keluaraga Ds Najib di sosial media rasmi beliau

Berikut pula reaksi dari warganet

“Alhamdulillah.. klu ahli politik smua bsatu malaysia blh lbih maju lg.. jgn ada sifat dend4m antara 1 sama lain… Kt dunia ni sementara aja, bila sampai masanya bpisah juga buat selama2nya… Jd renung2 kn la…

” Syukur kepada Allah Taatla semoga umat melayu Islam bersatu Demi Tanah melayu

” Org politik ni mmg rare.. mcm mn kau boleh maintain karakter dlm pelbagai bentuk.. arini boleh musuh esk, minum kopi, lusa boleh musuh balik..

“Kita ni hidup kt dunia sementara. X lama mana pon. Sebelum kita mati di jemput malaikat m4ut maaf kan semua org yg kita buat masalah.. Akhir4t tu kekal abadi..

Dalam pada itu Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan

“Istiadat Pengeb-umian Negara” dan j3nazah akan dikebu-mikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah banyak menabur jasa dalam membantu suaminya, Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi Perdana Menteri Kedua, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang mempunyai hubungan akrab dengan keluarga Tun Razak itu menyifatkan Allahyarhamah sebagai antara generasi merdeka terakhir yang tidak ternilai jasa dan sumbangannya kepada negara.

“(Beliau) generasi ‘merdeka’… tak banyak orang yang generasi merdeka yang masih ada (hidup). Mungkin (beliau) antara yang terakhir.

“Dia membantu Tun Razak (Tun Abdul Razak Hussein) semasa Tun Razak jadi Perdana Menteri (Kedua)…,” kata Dr Mahathir yang kelihatan tidak mampu menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir di Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi.

Dr Mahathir yang ditemani isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz adalah antara pemimpin negara dan kenalan yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Di sebalik tugasnya sebagai seorang isteri kepada pemimpin utama negara, Tun Rahah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan membabitkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.

Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara

Beliau aktif dalam pergerakan Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) dan pernah menjadi pengasas pergerakan Wanita UMNO Petaling Jaya, selain cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi manfaat kepada kaum wanita.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, pemergian Allahyarhamah adalah satu kehilangan besar kepada negara.

“Sudah pasti sumbangan Tun Rahah kepada negara sangat-sangat besar terutamanya sebagai seorang yang telah membantu Tun Razak membina semula negara,” katanya.

Beberapa ahli politik pembangkang turut hadir memberi penghormatan terakhir antaranya seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Mewakili Wanita DAP, Young Syefura menyifatkan kecekalan dan keperibadian Allahyarhamah sebagai ibu tunggal yang membesarkan lima orang anaknya adalah contoh seorang wanita tabah.

“Beliau ialah wanita yang disegani, wanita yang cekal kerana telah berjaya membesarkan anak-anak apabila kehilangan suami pada usia muda. Kehilangan beliau adalah kehilangan besar kepada negara dan juga kepada wanita hari ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui kagum dengan ketabahan Tun Rahah yang mendidik anak-anaknya ketika suaminya, Tun Abdul Razak sedang melawan penyak1it leukemia.

“Tabah dan cara dia… memang ada ciri-ciri yang kita boleh belajar (daripadanya) iaitu tabah. Salam takziah daripada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Allahyarhamah Tun Rahah merupakan lambang seorang isteri yang sukar ditandingi atas sifat-sifat mulia, lemah lembut dan pendekatan beliau bersama suami.

Pemergian Tun Rahah jelas dirasai rakyat negara ini dan bagi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang tiada tolok bandingnya. – Bernama

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

UCAPAN TAKZIAH YAB PERDANA MENTERI BERHUBUNG KEPULANGAN KE RAHMATULLAH TUN HAJJAH RAHAH BINTI TAN SRI HAJI MOHD NOAH.

Saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd

Najib bin Tun Abdul Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah pada 18 Disember 2020 bersamaan dengan 3 Jamadilawal 1442H.

Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan

“Istiadat Penge-bumian Negara” dan j3nazah akan dikeb-umikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman.

Al-Fatihah.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

Perdana Menteri

18 Disember 2020

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mengalir Air Mata! Dr Mahathir Dedah Sesuatu Pasal Allahy4rhamah Tun Rahah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*