“Dia S4kit”- Pengurus Dedah Keadaan Terkini Naim Daniel

Ketiadaan kelibat penyanyi Naim Daniel dalam majlis pelancaran lagu Lara petang semalam (Selasa) menjadi tanda tanya pihak media sehinggalah sebuah klip video ucapan penyanyi ini dikongsi buat tetamu yang hadir di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur.

Naim Daniel Mohon Maaf

Via Instagram Naim Daniel

Dalam video tersebut, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam majlis itu kerana keadaan dirinya masih lagi tidak mengizinkan. Menjelaskan lebih lanjut mengenai keadaan Naim, Pengarah Urusan Worldpeace Entertainment, Usaid Hamdi, mendedahkan Naim sepatutnya akan hadir dalam majlis ini untuk bersama-sama lagi dua rakan duetnya, Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Doktor Minta Naim Berehat 

Namun kelmarin, Naim mengadu rahangya semakin s4kit dan doktor memintanya untuk berehat terlebih dahulu sementara mendapatkan keputusan untuk tempoh berehat.

“Maaflah sebab Naim tak dapat hadir hari ini. Sebelum ini dia telah makan ubat tahan sakit dan dia sendiri nak teruskan kerja-kerjanya. Namun semalam, dia mengadu sakit dan kami mengambil keputusan bersama untuk rehatkan dia dan dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor” kata Usaid kepada Murai.my

Dalam pada itu, Usaid turut berterima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan Naim.

“Saya harap semua orang dapat doakan dia cepat sembuh dan kembali lebih kuat”

“Kita tunggu apa keputusan doktor dan saya harap tiada kesan panjang terhadapnya kerana itu anggota badan yang dia gunakan untuk mencari rezeki sebagai penyanyi”

“Saya berterima kasih kepada semua media yang hadir hari ini yang terus beri sokongan kepada kami dan projek (trio) ini” katanya lagi

Terdahulu, industri hiburan digemparkan dengan khabar berita Naim terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) apabila kereta jenis pacuan empat roda Ford Ranger yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas bagi rakaman sebuah program hiburan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MURAI.MY

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dia S4kit”- Pengurus Dedah Keadaan Terkini Naim Daniel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*