Ketukan M1steri Kini Telah ‘Berjangk1t’, Ini Tempat Baru M1steri Ketukan Tersebut

SEBERANG PERAI – M1steri ketukan pintu yang sebelum ini yang dilaporkan berlaku di Se­langor, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan kini telah ‘berjangk1t’ ke negeri sebelah utara pula khususnya di Pulau Pinang.

Sejak beberapa hari lalu, penduduk negeri ini khususnya yang menetap di kawasan Taman Ilmu serta kawasan berhampirannya di Nibong Tebal di sini kec0h selepas berdepan m1steri ketukan m1steri tersebut.

Menurut seorang penduduk, Norasmawati Allias, 40-an, ini kali pertama dia dan keluarga dig4nggu oleh bunyi ketukan misteri itu sejak tinggal di Taman Ilmu sejak empat tahun lalu.

“Kejadian ketukan itu berlaku dua malam berturut-turut dan pada malam ketiga, kami mengambil keputusan untuk memanggil ustaz.

“Selepas dia (ustaz) pasang ayat-ayat tertentu untuk ‘pagar’ rumah kami, Alhamdulillah, ma­suk malam ketiga, tiada lagi bunyi ketukan yang kedengaran,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Mengulas lanjut, kata Norasmawati, ketukan yang bermula sejak tengah malam, Selasa lalu itu akan kedengaran untuk tempoh selang sejam berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kediaman mereka.

“Suami saya seorang anggota polis dan dia cakap bunyi itu memang bukan daripada kenderaan seperti motosikal kerana berbeza dengan bunyi ekzos,” katanya.

TANGKAP layar rakaman CCTV di rumah Norasmawati di Seberang Perai yang dikatakan mengalami kjadian ketukan m1steri Selasa lalu.

Dia turut mend4kwa ketukan m1steri itu masih berlaku di sekitar taman perumahan yang ­didiaminya.

Tambahnya, suami yang tidak mudah percaya dengan perkara m1stik, bagaimanapun mengakui bahawa bunyi tersebut tidak pernah didengarinya sebelum ini.

“Pelik juga apabila ada suara sumbang mengatakan bahawa bunyi tersebut adalah bunyi motosikal, padahal malam itu suasananya sunyi sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Abdul Razak Khamis, 50, yang tinggal di Taman Pekaka di sini memberitahu, dia turut menjadi mngsa gangguan bunyi ketukan yang hampir sama kelmarin, namun ketukan tersebut hanya berlaku untuk tempoh satu malam sahaja.

“Saya harap tidak ada sebarang petunjuk atau kejadian pelik yang akan berlaku susulan daripada ketukan m1steri ini,” ujarnya.

Kosmo! pada 18 Disember lalu melaporkan, penduduk di Sela­ngor, Melaka, Johor dan Pahang yang hidup dalam ketakvtan susulan ganggvan ketvkan m1steri itu kini tidak lagi dikejvtkan de­ngan sebarang kjadian tidak ­diingini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: KOSMO DIGITAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ketukan M1steri Kini Telah ‘Berjangk1t’, Ini Tempat Baru M1steri Ketukan Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*