“Kita Tak Perlu Ke Universiti Untuk Belajar Lebih Beradab” – Que Haidar Rasa Jij1k Baca Komen Netizen Yang….

Pelakon Que Haidar meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang seolah-olah tidak beradab ketika cuba memberikan komen dan pandangan mereka di media sosial.

Lebih menyedihkan, katanya, apabila komen tersebut menyentuh hal mengaitkan fizikal seseorang untuk dijadikan sebagai bahan jen4ka.

“Baca komen-komen mereka buat saya mu4l. Perkara macam inilah yang buat saya rasa j1jik.

“Kata-kata manusia yang sibuk menghitung kelainan orang lain menjadikan ia normal, tanpa sedar mereka menunjukkan macam mana didikan ibu bapa mereka.

“Mereka rasa ia biasa menjadikan fizikal sesama kita sebagai hiburan, SICK!!,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars)

Dalam entri berkenaan, Que turut berkongsi beberapa paparan tangkap layar seorang wanita yang menerima komen-komen b3rbaur h1naan ketika cuba melakukan video solekan.

Jelas Que lagi, tindakan mereka sedemikian kemungkinan boleh terjadi apabila dipengaruhi dengan apa yang dipertontonkan mereka di televisyen.

Justeru, katanya, sebagai penggiat seni, hal sebegini jugalah yang perlu ditekankan dalam memastikan hal berkaitan b0dy shaming tidak dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam memberi hiburan kepada orang ramai.

“Apa-apa yang berbentuk b0dy shaming, rasis memang tak patut kita normalkan. Antara penyumbang untuk mereka rasa perkara ini okay bila mereka tonton perkara ini dikaca televisyen atau rancangan hiburan.

“Jadi tanggungjawab kita besar dengan pengaruh yang kita ada, hidangkanlah pengaruh yang baik-baik.

“Kita sesama kita hanya perlu jadi lebih baik. Kita tak perlu untuk ke universiti untuk belajar lebih beradab,” pesannya.

Terdahulu, video solekan seorang wanita cuba melakuakn tutorial solekan menjadi bahan jenaka segelintir netizen apabila cuba mempersend4kan bentuk fizikalnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

SUMBER  GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kita Tak Perlu Ke Universiti Untuk Belajar Lebih Beradab” – Que Haidar Rasa Jij1k Baca Komen Netizen Yang…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*