Ketua Pengarah MyIPO ‘Tegur’ Ibu Neelofa Isu Hak Eksklusif ‘Harimau Menangis’

SHAH ALAM – Permohonan cap dagangan jenama Harimau Menangis oleh usahawan, Noor Kartini Noor Mohamed masih belum diluluskan.

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohd Roslan Mahayudin menjelaskan, nama Harimau Menangis tidak boleh menjadi hak eksklusif syarikat Noor Khan Enterprise milik usahawan berkenaan buat masa ini kerana masih dalam peringkat pemeriksaan.

Beliau berkata, pihaknya baharu menerima permohonan daripada usahawan itu untuk mendaftarkan jenama berkenaan pada November lalu,

“Permohonan beliau sama ada diluluskan atau tidak bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO.

‘Harimau Menangis’ trending di Twitter

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendkwa bahawa jenama Harimau Menangis telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.

“MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Roslan berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai kontroversi itu susulan tul4r di media sosial mengenai isu tersebut sejak Selasa.

Menurutnya, cap dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai terutama pemilik jenama disarankan untuk mendaftarkan cap dagangan mereka di MyIPO bagi melindungi jenama mereka daripada dit1ru oleh pihak lain.

Antara lain, katanya, faedah mendaftar cap dagangan ialah mendapat hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan perniagaan.

Menurutnya, pemilik cap dagangan berdaftar juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakannya tanpa kebenaran.

“Pemilik cap dagangan berdaftar juga boleh menjana pendapatan menerusi jenama yang didaftarkan dengan melesenkan jenama tersebut kepada pihak lain atau menerusi francais.

“Setiap pemfailan permohonan cap dagangan akan dikenakan fi sebanyak RM950 bagi setiap kelas untuk perlindungan selama 10 tahun serta boleh diperbaharui,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai terutama peniaga disaran untuk mendapatkan infomasi mengenai cap dagangan yang boleh didaftarkan di laman sesawang www.myipo.gov.my.

“Ini termasuk semakan awal untuk memastikan jenama yang hendak didaftarkan memenuhi kriteria permohonan dan seterusnya mendaftar cap dagangan mereka di MyIPO,” katanya.

Pada Rabu, trending di Twitter berhubung nama daging Harimau Menangis susulan Noor Kartini yang merupakan ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa mendaftarkan cap dagangan jenama itu sehingga menjadi bualan hangat netizen.

Tindakan itu disifatkan sebagai keterlaluan oleh warga maya berikutan sudah ramai menggunakan nama daging Harimau Menangis dalam produk mereka.

Sementara itu, Aunty Tini Kitchen dalam satu kenyataan pada Rabu tampil memohon maaf atas kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial sejak malam Selasa.

Menurutnya, pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang digunakan syarikat terbabit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinar harian

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ketua Pengarah MyIPO ‘Tegur’ Ibu Neelofa Isu Hak Eksklusif ‘Harimau Menangis’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*