Pengumuman Terkini, Bayaran BPN 2.0 Di Percepatkan Termasuk Yang Lulus Rayuan.

BAYARAN fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dipercepatkan dengan bayaran paling awal dibuat pada 21 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berikutan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan), Kementerian Kewangan akan mempercepat bayaran fasa kedua BPN 2.0 kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460,000 penerima baharu.

“Penerima baharu itu adalah permohonan yang diluluskan pada tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu.

“Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk golongan B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Januari ini, diikuti M40 pada 25 Januari.

Bagi penerima tanpa akaun, bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 25 Januari.

Bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, bayaran akan diterima mulai awal bulan Februari sehingga 1

April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan pada akhir Januari.

 

sumber : hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.kini.airnws.com/2021/01/13/pengumuman-terkini-bayaran-bpn-2-0-di-percepatkan-termasuk-yang-lulus-rayuan/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pengumuman Terkini, Bayaran BPN 2.0 Di Percepatkan Termasuk Yang Lulus Rayuan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*